Blogger templates

Photobucket

Wednesday, December 22, 2010

Segalanya Telah Tertulis

Assalammualaikum...alhamdulillah selamat sampai aku balik rumah..agak lama juga aku biarkan diary aku ini tak berisi kan kan kan??

Kali ini aku ada kenduri kawen di perak..korang mesti terkejut kalau aku kata nenek saudara aku yang kawen..caya tak? Tapi itulah kenyataannya...bila mak bagitahu aku pon terkejut juga..itulah yang dikatakan jodoh dan takdir Tuhan.

Kali ini yea wedding agak special sikit..nenek aku ini belum pernah kawen lagi ok!tapi jangan nak kata anak dara tua lak!! tak baik..korang mengata orang macam tue silap2 terkena diri sendiri padan muka!! aku gelak dalam hati jea...

Wedding dia berjalan seperti yang dirancang tapi tak sesempurna mana laa..korang nak tahu kenapa?? Ini baru best nak story...bermula la kisahnya....

Nenek aku ini berkawen dengan pakwe lama dye...dyeorang nie terpisah kerana pakwe dya kena berkawen dengan pilihan family sebagai anak yang baik pakwe yer mengikut..tapi setelah puluhan tahun(aku mmg tak tahu berapa tahun dah...) isteri pakwe nenek aku ini meninggal..dua tahun lepas mereka ini ditemukan kembali..bermula laa kisah nostalgia lama mereka..

Lepas raya tahun ini mereka ditunangkan...tapi tapi tapi tapi..belum epy ending lagi ok...dua hari sebelum di ijab kabulkan nenek aku nie pengsan pada mulanya ingat darah gemurah..tapi setelah dibuat pemeriksaan nenek disahkan mengidap luekimia..tahap yang serius.

Sedih time tue bila dengar khabar berita kesihatan nenek tapi Alhamdulillah sangat cinta tunang nenek pada nenek tak berubah..tunang nenek terima semuanya dengan redha dan terbuka hati..majlis tetap diteruskan.

Nenek aku tak boleh terlalu letih atau tertekan kerana boleh senang diserang strok..alhamdulillah majlis yang dia impikan sekian lama dah tertunai itu hasrat terakhirnya..dan semalam nenek aku dah dimasukkan ke wad kembali..
Romantik wedding..xleh letak real picture yer kekawan..

Mudah-mudahan dia sembuh dan dipanjangkan umornya...itu semua kuasa Tuhan kita hanya dapat mendoakan dia..akhir sekali selamat menjalankan episode bahagia baru OPAH NINA Ku SAYANG!!