Blogger templates

Photobucket

Saturday, November 27, 2010

Muka Baru Blog..

Hurmm..untuk entry kali ini aku nk tanya pendapat korang, tak salah ke kalo kite citer perkara sekitar kita dalam blog nie?

Memang tak la story pasal personal life aku? Just apa yang jadi pada harian aku jer,ok ker? Aku nie memang jenis berahsia sangat orang yer..adakalanya sampai terpikir aku ni layak jer jadi blogger macam blogger lain tue..

Huwaaaraggghhhh!!!! Teruk giler caraa penulisan aku kat blog nie...now sampai kazen aku tegur try tulis story mengenai life harian kita.. Benarnya ada rasa ragu2 dalam hati ni? Coz aku teringat pesan kanda ku (akak) sorang nie..

Jangan letak hal peribadi kita kat ruangan public..nnt takot orang luar or musuh kita boleh kaji cara hidup kita. Mesti korang tak pahamkan maksud yer apa? Yelah..cuba korang fikir2 antara cara musuh negara yang ingin menakluk negara kita nie dgn cara apa?

Salah satu cara smart mereka, kaji selidik cara hidup rakyat mereka..betul tak? Cecehhh....dah macam ahli polotik perang lak..huhu (poyo yer)..

Okehlah dipendek citer..apa pendapat korang?

Friday, November 26, 2010

Untuk Si Dia..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucapkan sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNYA
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu yang panjang
Bersyukurlah dan tabahlah mengahadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu.

Thursday, November 25, 2010

Membara Jea!!!!

Tekanan giler bila berhadapan dengan orang blur nie.. orang marahkan dia pon boleh tak rasa pape kan!!!

Macam orang tak ada perasaan jea!! Terasa macam aku nie macam patung pun ada.. Perlu ke nak kena xplain salah orang

Yang paling tak tahan..bila aku dah mengalah tue dia lak boleh buat tak endah jea lak!!siap boleh tido kan..mcm tak ada apa jadi jer..

Aku pun macam orang lain jugak ada rasa marah..memanglah marah tue sikap yang disukai syaitan, aku tak perfect ok! Geram dah tahap tau nk kata apa dah, aku dah mengalah orang boleh buat macam tue. Memang aku akan senyap jelah, aku boleh peka dengan apa perasaan orang kenapa la susah sangat nk peka perasaan orang laen!!!!

Kalo dah tegur pon tak berubah...nak aku buat apa lagi....What Ever lah!!!!!!

Thursday, November 11, 2010

Kata Hati AKU..

Begitu banyak aku ingin katakan padanya..

Apabila aku dia membuatkan aku tersenyum, aku teringin menyatakan "Terima kasih sayang membuatkan aku bahagia "

Apabila aku merajuk dan dia memujukku dengan sabar, aku teringin mengatakan "Kagumnya aku akan kesabaran sayang"

Apabila aku marah dan menyepikan diri, dia akan jadi tak duduk diam akan tingkahku, masa itu aku ingin katakan " Aku minta maaf sayang membuat kamu begitu"

Apabila aku sakit dan dia sentiasa disisi memberi sokongan dan menjaga aku, aku ingin katakan "terima kasih untuk kasih dan perhatian sayang, aku berjanji akan setia disampingmu susah senang"

Apabila aku tekanan dan dia memberikan aku semangat, aku teringin katakan "Beruntungnya aku memiliki sayang sebagai teman istimewa"

Apabila aku mempermainkan dia dengan gurau senda dan melihat dia geram, aku inigin katakan " Aku sayang kamu"

Apabila aku melihat dia terlalu lurus terhadap banyak perkara,di depan dia aku ketawakannya tapi dalam hati aku berkata " Semoga sikap kamu itu tak akan berubah sayang, aku cukup percaya akan kamu sepenuh jiwa"

Apabila aku melihat dia berkerja dengan kuat, aku ingin sekali menyatakan betapa risaunya aku akan kesihatanmu nanti sayang.

Apabila aku melihat dia bersedih, aku teringin menjadi penghiibur dan penawar buatmu sayang..

Disebalik insan yang keras ini..aku amat sayang kamu dan kau adalah rainbow in mylife yang memberi pelbagai warna, malah insan terpenting selain keluargaku!!! tp aku tetap tak mampu nyatakannya.. Maaf sayang..

Tuesday, November 9, 2010

Perempuan EGO!!

Masih segar dalam ingatan pertama kali aku kenali dia, hanya bermula dengan pergaduhan dan gurau senda. Perkenalan yang hanya di laman chatting akhirnya berakhir dengan perjumpaan. Dua mata saling bertentang akhirnya jatuh ke hati masing2.

Dia sungguh penyabar, pada mulanya aku sangkakan dia hanya cantik pada rupa tetapi tidak cukup dengan sikapnya tulus yang membuatkan dirinya begitu mudah untuk dibuli. Aku seorang yang lebih mudah mengunakan ayat pendek apabila bercakap tapi dia memang suka bercakap malah gemar menerangkan sesuatu perkara itu hingga aku paham.

Satu lagi sikapnya yang mengejutkan aku, dia cukup gemar shopping teruatamanya kasut/selipar. begitu banyak kasut/selipar yang dibelinya hanya satu dua yang akan dipakainya berulang-ulang.Kalah aku yang perempuan ini, aku memang tak gemar shopping bagi aku cukup sekadar untuk keperluan. Tapi aku tetap seronok melayan karenahnya dalam hati sentiasa senang disisinya.

Lagi satu yang menariknya dia pada aku adalah dia seorang yang amat memikirkan masa depan malah dia sangat rajin bekerja walaupun tempat kerjanya bermasalah dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai pekerja. Dia cukup ikhlas dalam kerjayanya walaupun adakalanya dia penat dan aku sering memarahinya kerana terlalu kuat bekerja namum dalam diam aku amat kagumi sikapnya itu cuma aku terlalu ego untuk tunjukkan padanya.

Aku perempuan yang cukup bertuah kerana dapat menabat hatinya, aku tidak pernah berhenti mensyurkuri apa yang Tuhan berikan pada, walaupun aku sering diuji olehNYA.Aku mengidap penyakit kanser saraf. Adakala aku sering merungut kenapa aku begini? kenapa aku tidak seperti yang lain? semua itu sering aku persoalkan dalam keadaan marah, namun satu hari seorang sahabat menyedarkan aku. Apabila manusia itu diuji itu bermakna Tuhan amat menyayangi hambanya itu. Sejak dari itu aku melihat duniaku dalam pandangan yang berbeza.

Kini dia anugerahkan aku insan bernama kekasih menyayangi dan menyintai aku sebaiknya, malah sering mengingatkan aku akan batas2 pergaulan kami. Kerana bagi kami hubungan ini direstui kedua keluarga kami.

Dua tahun berlalu, aku semakin parah dengan sakit yang aku tanggung namun disampingnya aku masih tersenyum tanpa membuatkannya curiga. Aku ingat lagi dia pernah menangis melihat aku terlantar sakit dihospital, sejak dari hari itu aku berjanji untuk tidak membuatkannya sedih melihatku. Maaf sayang bukan tujuanku untuk menyembunyikan semuanya tapi hati ini hanya ingin kenangan manis yang akan kau ingati kelak.

Dia sememang lelaki yang baik, walau apa pun keadaanku dia akan setia disampingku. Aku ingat lagi setiap pemberiannya, walaupun hanya memberikan aku aiskrim bagi aku semua itu tiada nilainya. Kini aku terlantar sakit sekali lagi tapi kali ini aku berjauhan dari, seperti biasa setiap kali dia pulang dari kerja dia akan menghubungiku untuk bertanya khabar hari itu. Aku akan menjawab seperti tiada apa yang berlaku padaku. Maaf sayang aku tipu..ayat ini akan selalu terlafaz dalam hati.

Kini setiap detik,saat,minit, jam penghitung kepada segalanya..malah kini ketika dirimu membaca warkah ini aku sudah tidak disampingmu..sayang, aku mohon ampun untuk segala pembohongan kerana hingga akhir hanyat aku masih ego untuk menceritakan segalanya. Dalam pada gurau senda kita kau sering mengalah membuatkan aku kagum dengan kesabaranmu, dikala sayang penat tapi masih melayan karenah aku, aku menyimpan rasa bersalah yang teramat sangat pada sayang, disaatkan sayang bertanya sama ada aku sayang pada dirimu? dan aku menjawab tidak sebenarnya hati ini teramat bersyukur dalam menyintaimu..

Kenanglah aku sebagai insan yang pernah membahagiakan sayang bukan memberi kepahitan untuk melepaskan aku pergi, kerana kita hanya milikNYA....

Friday, November 5, 2010

GAmbaran Kiamat

Gambaran Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.