Blogger templates

Photobucket

Thursday, December 9, 2010

Pergi Tak Kembali

Untuk pembaca sekelian..entry kali ini mengkisahkan seorang abang yang telah pergi meningal aku sekeluarga. Menagis aku dalam hati ketika kazen aku akad nikah jumaat lalu,terasa terbayang-bayang kelibat arwah. Mana tak yea abang dan kazen aku itu kawan sepermainan masa kecik2 dulu. Yang paling memilu hati seorang ibu yang merindukan anaknya walaupun sudah 9 tahun pemergiannya.

Aku masih ingat lagi tarikh itu..6 December 2002 bulan ramdhan yang amat mulia bagi semua umat islam. Abang, pak cik sedare dan anaknya pergi ke pekan untuk membeli kasut raya untuk arwah sebagai upah dia megecat umah nenek aku. Tak dapat aku lupakan bagaimana tekunnya abang mengecat umah nenek siang dan malam sampai tak cukup tido.

Semuanya demi menyambut raya yang menjelag tiba..aku masih ingat gurau sendanya bersama sedara mara. Namun selang beberapa hari selepas itu aku dan keluarga balik ke KL kerana abah ada kerja yang perlu diuruskan sebelum cuti raya, abang aku tinggal di kampung untuk menyiapkan kerja mengecat umah nenek seorang diri.

Tak disangka pada 6 disember 2002 ketika kami sekeluarga selesai menunaikan solat zuhur,kami dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengabarkan abang,pak cik sedara dan anaknya terlibat dalam satu kemalangan ke pekan. Detik itu kami sekeluarga hanya dapat berdoa moga mereka semua selamat. Aku ingat lagi emak tak berhenti-henti menangis..hati mak mana tidak tersetap anak yang dikandung 9 bulan malah anak sulung pada keluarga ditimpa musibah.

Sampai sahaja di Johor kami diberitahu abang terpaksa terhantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu kerana mengalami pendarah dalam otak malah pihak hospital Batu Pahat tidak mempunyai pakar dalam kes sebegini. Pada malam itu juga abang dipindahkan, mak dan abah turut ikut manakala aku dan adik-beradik lain dibawa pulang ke rumah sedare yang tinggal di Johor Bharu.

Satu malam abang dalam keadaan koma malah doktor memberitahu keadaannya amat teruk kerana pendarahan serius. Jika abang boleh hidup sepanjang hidupnya harus bergantung pada mesin yang mengawal otak dan jantungnya..dia tidak mampu melakukan apa2 lagi,ketika itu hancur luluh hati kami sekeluarga.

Abah terpaksa mengambil keputusan berat melepaskan anaknya pergi dengan menandatangan untuk mematikan mesin hanyat abang. Bayangkan perasaan mak ketika itu merelakan anaknya pergi agar tidak terseksa hidup anaknya akan datang,memamg kami sekelurga rela menjaga abang sepanjang hayat tapi dalam masa yang sama kami seumpama menyeksa dia.

Akhirnya kami sekelurga megelilingi katil abang, memohon maaf untuk semua kesalahan kami dan mak abah menghalalkan dan memaafkan semuanya perihal abang. Tepat pukul 1 petang doktor dan jururawat mematikan mesin hayat abang,abah sudah bebisik syadah..ketika nafas terakhirnya kami sekeluarga berada disamping abang..hanya doa dapat kami sedekahkan padanya sehingga kehari ini..

Al-fatihah buat arwah Khairul Anuar...sekian..