Blogger templates

Photobucket

Wednesday, January 26, 2011

Complicated

Apa yang selalu dalam pemikiran orang yang bercinta nie?? Apa yang korang selalu fikirkan bila nak bersama pasangan korang? Apa benarnya yang korang harapkan dari si dia? Si dia tu orang yang betul2 tepat ke?

Dia sentiasa ada time susah senang korang? Korang pasti itu yang korang nak?Dia betul2 sayangkan korang? Dia setia? Tak kan pernah kecewakan hati korang?

Mesti persoalan ini yang selalu ada dalam fikiran korang antara sedar atau tidak. Tapi pernah korang tanya kat diri sendiri tak? Apa ada dalam pemikiran Si dia? apa yang si dia selalu fikir time bersama korang? Apa yang si dia harapkan daripada korang?

Korang boleh ada ke time susah senang dia? Korang pasti ke dia nak kan korang? Korang betul2 sayangkan dia? korang setia ke? Pernah tak korang kecewakan dia?

Sama je..tapi yang paling penting pada semua2 soalan ini..dah bersedia untuk beri komitmen? Kenapa la agak yer aku tetiba bangkitkan isu ini kan kan kan...

Entah aku pon tak tahu tapi itulah yang aku fikir bila dah ada teman ini..of coz yang sentiasa doakan yang terbaik..tapi adakalanya bila terlalu terbaik ia boleh buatkan orang yang kita sayang tue sakit tak pon kita yang sakit..


So cner itu?? love is very complicated story/life even we try our best..we still hurt each other..right??

Monday, January 24, 2011

Aku Vs Jiwa Kacau

Assalammualaikum..kekawan yang datang bertandang TQ sesangat! Tak sangka2 even aku jarang update blog ini ada jugak yang sudi bertandang ke blog aku yang tak seberapa ini.. Alhamdulillah..

Berbalik kepada isi sebenar entry aku hari ini...macam biasalah blog ini kan diari isi hati aku. Sekarang ini jiwa aku masih kacau lagi angkara yang lepas yang telah aku catat pada entry aku yang lepas2..

Siapa tahan maa...aku dah la bukan jenis yang duduk umah tanpa ada uit sentiasa masuk dalam akaun aku. First at all aku mengalu aku memang jenis otak fikirkan duit dan memang suka tengok duit bertambah dalam akaun aku...TAPI NAK DITEGASKAN AKU BUKAN PISAU CUKUR SESAPE OR BATU ASAH KE APA EK..


Aku jenis semua aku nak cari sendiri...bila duduk rumah sahaja tanpa duit diakaun bertambah buat hati aku celaru..memang la duit bukan segala2nya tapi dengan budak lepas belajar macam aku ini confirm2 nak berkerjaya dan ada pengalaman bekerjaya yer...

Bukan akau tak usaha ok..hari2 aku akan apply kerja kat mana risalah or punca pon yang pasti kerja halal ok. Aku tak kira kerja apa pon asalkan ia dapat bagi aku pengalaman baru dalam hidup aku walaupun ia bercanggah dengan apa aku belajar..janji HALAL!

Okeylah sampai sini jelah...

Saturday, January 22, 2011

Be cool!!

Assalammualaikum..sekali lagi blog in berisi di waktu malam. Entry je status cool tapi jiwa kacau maa...fikirkan diri ini yang tiada pendapatan bulanan. Fon aku lak time2 macam ini la pulak dia nak wat hal..asyik mati n mana yang tak boleh nak cas lakkkkk...


Ya Allah murahkan rezeki hamba ini..aku setiap hari tengok n apply keja kat website..sebelum ini pernah dapat tapi keadaan tak izinkan aku terima..


Tak ada rezeki time tue...hopefully rezeki aku akan datang lebih baik. Susah hati tau tak duduk umah jer...rasa macam tak capai apa2...


Aaaaaaaaaaaaaaa..jeritan batin aku setiap pagi dan hari apabila fon aku tak berbunyi untuk interview kerja...huhu..


Sekian...Yang Mencari Kerja...

Wednesday, January 19, 2011

Di suatu Petang..

Tak ada keja yer pasal di petang hari..orang lain duduk tido lena melayan hari petang..bagi yang bekerja masih berhempas pulas di tengah terik matahari..depan pc yang menyakitkan mata..

Aku lak menyegarkan kulit wajah...macam salah time jer kan kan kan? Orang biasA buat malam hari aku petang2 hari ini.. 

Nak tahu apa??


Shhh....ahak!!!

Part II

Al kisah casa impian datang umah, bukan rancangan tue dah habis ker??dah tukar deko bersama eric..kan kan..
Tetttt..benarnya bukan casa impian datang ke?Or aku ubah suai rumah ke..

Semua tanggapan itu salah tapi itulah impian rekaan dalam rumah aku sendiri. Insyaallah mudah2 ada rezeki amin..aku suka sangat baca buku tentang hiasan dalaman rumah ini. Paling aku suka stail moden coz simple and tak serabut.

Suka jugak stail bali coz macam jungle gitu..tapi paling penting suasana sentiasa romantika de amor..huhu.
Sekarang aku masih berusaha untuk capai semua itu tak kira apa cara asalkan halal NO HARAM stail okey!!

Jangan terlalu kerja kaya and impian sampai lupa semuanya di dunia ini tak kekal..huhu oklah sambung bab lain lak...tata!

Saturday, January 15, 2011

Casa Impian Datang!!

Bagi intro pic dulu...












To be continues..

Silent!!!

Salam semua..agak lama blog ini tidak berisi. AAAaaaaaaaaaaa!!!!!!! aku yang tidak bersuara gara2 deman yang terlampau panas..sampai suara aku pon hilang tapi takpe sakit itukan penghapus dosa.

Sementara aku tak boleh bersuara nie..semua yang aku nak sampaikan semua bertulis. Adik aku siap bagi paper sekolah dia untuk karangan dengan pen..amat tidak patut kan kan kan!!!

Tapi bagus yea aku tak perlu rasa sakit untuk try juga keluarkan suara..epy for that! Cuaca yang tak menetu sekarang ini amat mempengaruhi kesihatan.

Haa..kat sini nak citer juga mggu lepas2 kan aku tak update blog ini kan... Aku pergi interview kerja kat KL, insyaallah ada rezeki Tuhan untuk aku adalah... Doa je banyak2.. Amin.. oklah cukup sampai sini jer.. Aku nak rehat tak sihat2 lagi nie..

Thursday, January 6, 2011

Sebabnya!!!

Huhu....saban ari aku dah update blog nie..nak tahu kenapa???

Aku pon tak tahu??maybe leka melayan hal2 harian.

Nak tahu hal harian apa?? Macam biasa laa...

Maen game pon sekarang aku dah bosan....

Nak tahu kenapa?? Coz aku perlukan sesuatu..

Nak tahu apa dia?? aku pon tak berani cakap..coz asyik frust jer 2 3 hari ini..

Nak tahu frust pasal apa?? coz ada sesetengah rutin harian aku berubah sikit...

Rutin harian apa?? Biarlah rahsia....Huwwaaaarrggghhh!!! = (

Sunday, January 2, 2011

Disaat Ini..

Break..adakalanya kita rasa terlalu risaukan orang yang kita sayang hingga kita lupa Allah SWT selalu menjaganya. Sejauh mana pon dia..Tuhan akan selalu dekat dengannya..

Adakalanya perasaan risau itu buat kita rasa bersalah pada diri sendiri sebab kita tak disisi untuk menjaga dia. Siapa kita untuk lebih menjaga dia lebih sempurna melainkan Allah SWT.

Adakalanya hati kita merasa gusar takut2 andai kata dia berubah hanyut dengan dunia rekaannya sendiri..kita takut dia akan melupakan kita..tapi bila berfikir sejenak dia bukan milik kita. Semuanya punya Allah SWT dan jalan hidupnya telah ditentukan.

Kenapa perlu ada rasa semua ini???Tenangkanlah hati ini..hilangkanlah kerisauan yang membawa usur negatif.. 

Saturday, January 1, 2011

Gadis berubah secantik bidadari sebelum ajal

Assalammualaikum..morning! baru siap mengemas dapur. Macam biasalah pompuan ini kalau tak ada istilah mengemas dalam jadual harian memang tak sah!

Oklah info yang nak share hari ini..agak misteri bunyi tajuk entry kita hari ini. Ini nak cerita..kisah ini aku dapat dari cerita seorang lelaki yang bertugas sebagai tukang mandi mayat peneroka lebih 20 tahun yang menceritakan pengalaman beliau pada wartawan mastika edisi Januari 2011. Beli TAU edisi ini best punya! promote sekali!

Pengalaman beliau begitu mengisafkan aku..nak tahu kenapa?

Cerita 1 :

Sekitar tahun 1990,ketika itu beliau memandikan mayat seorang peneroka bebas special constable (SC) pencen yang berbadan besar. 

Apabila beliau menyelak kaim penutup mayat,beliau mendapati muka arwah senyum.Lalu beliau bertanya kepada jiran2 arwah apa amalan pak cik ini mayatnya senyum!

Jirannya memberitahu semasa hayatnya,arwah kalau balik dari kebun membawa seikat rambutan dia akan memberikan kepada anak jiran2nya sehingga tinggal tangkai. Kadang2 tiada apa yang dibawa untuk anak2 dan isteri. 

Inilah amalan harian arwah..sifat pemurahnya sukar ditandingi sesiapa. Kalau kebetulan hari itu dia membawa kuih muih,dia akan bagi semua anak jirannya merasa sehingga kosong plastik. Rupa-rupanya amalan bekasa SC ini ikhlas.

Cerita 2 :

Sekitar tahun yang sama kejadia mayat senyum juga,biasanya orang akan bersangka buruk terhadap arwah kerana hayatnya bukan kaki ke masjid  dan kehidupannya boleh tahan jugalah..

Selepas sakit kira2 lima tahun,arwah jarang muncul dikhalayak ramai,mengasingkan diri. Dulu kerap minum di kedai,pada hari2 terakhir arwah tidak suka bercampur orang lagi,kalau minum cepat-cepat balik macam ada urusan penting.

Pada malam Khamis arwah nazak dan esoknya anaknya memberitahu bapanya meninggal dunia pukul 5.00 sebelum subuh. Beliau pon menziarahi jenazahnya dan membaca al-Fatihah, apabila beliau melihat muka arwah tersenyum dan matanya tertutup rapat, beliau pelik. 

Selepas tamat menyelesaikan jenazah dan jenazah sudah kebumikan,beliau bertanya kepada anak arwah. Apa amalam yang dilakukan? Anak arwah menjawab sebelum bapanya meninggal,bapanya ada meminta menghantarnya balik ke Kelantan untuk belajar pondok kerana mahu mendalami ilmu agama,belajar mengaji dan menghafaz kitab.

Biarpun niat aarwah tidak kesampaiantapi Allah tetap mencatat pahala untuk niat baiknya.Patutlah arwah jarang muncul di kedai kopi rupa-rupanya arwah sedang mendalami agama,membaca Al-Quran,beribadat kepada Allah SWT.

Cerita 3 :

Kejadian ini betul2 mengisafkan aku dan beliau.Kira-kira 2 tahun lepas beliau memandi jenazah seorang pemuda penagih tegar yang baru keluar pusat serenti.

Beliau tengok kaki,tangan pucat lesi tapi mukanya tersenyum! Lalu beliau bertanya kepada ibu arwah pemuda ini. Kenapa muka anaknya tersenyum?

Emaknya dengan lelehan airmata memberitahu sebelum anaknya meninggal,arwah meminta ampun,cium kaki dan tangan ibunya. Arwah meminta ibunya memeluk dirinya erat2. Arwah bagitahu dia tak lama lagi hendak pergi! Ibunya redha dunia akhirat dan ampunkan segala kesalahan arwah.

Sungguh terharu pemergian arwah dengan keredha seorang ibu dan diatas pangkuan ibunya.

Cerita 4 :

Kali mengisah seorang wanita yang juga seorang isteri kepada seorang peneroka. Sekitar tahun 2000 pukul 9.00 kebetulan beliau sengaja lalu ke rumah kenduri kawen.Berselisih dengan wanita berkenanaan,cantik sungguh wanita ini,kecantikannya sungguh luar biasa seumpama bidadari.

Kira2 pukul 1.00  tengah hari itu beliau diberitahu bahawa, isteri peneroka yang beselisih dengan beliau tadi meninggal dunia. Beliau terperanjat!lalu menemui suami arwah lalu menceritakan tentang kecantikan luar biasa isterinya sebelum meninggal dunia.

Rupa-rupanya bukan beliau seorang menyaksikan kecantikan isteri peneroka,seorang lagi peneroka telah menceritakan hal yang sama. Semasa hayat isterinya seorang yang rajin bergotong-royong,suka bersedekah dan ikhlas kerana Allah SWT.

Cerita 5 :

Petang asar beliau terlihat seorang anak dara begitu cantik,belum pernah beliau melihat anak dara secantik itu,sungguh manis rupanya.

Esoknya beliau diberitahu anak dara cantik itu meninggal dunia selepas subuh. Gadis berusia 20-an itu terjatuh di bilik air akibat tumor otak.

Pagi itu isteri beliau memandikan jenazahnya,sungguh cantik rupanya,mukanya seperti bermekap. Beliau bertanyakan hal tersebut kepada bapa arwah. Menurut bapanya,pagi itu sebelum masuk ke bilik air, arwah memberi kucing kesayangannya makan dan peluk kucingnya itu.

Selepas itu arwah jatuh dan pengsan.Selama ini arwah sangat menyayangi kucingnya itu dan tidak pernah berpisah dari kucing kesayanganya. Bukankah kucing antara haiwan kesayangan  Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang kasihkan kucing akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Itulah cerita tentang entry aku kali ini mudah-mudahan ia dapat menjadi iktibar buat diri aku dan yang lain. Jangan pernah pandang serong pada orang lain dan MERASAKAN DIRI KITA LEBIH BAGUS DARI MEREKA KERANA YANG MENENTUKAN KITA BAGAIMANA DISANA ADALAH ALLAH S.W.T. 

Oklah wassalam... Nak makan lol lapaq ni!!