Blogger templates

Photobucket

Tuesday, March 31, 2015

Cyst Time Pregnant

Pengalaman aku masa pregnant memang alahan teruk dari awal lagi, dengan muntah, mabuk dan sakit kepala yang teramat sangat tapi tu semua dugaan yang menguatkan aku coz dalam mind nie tanam ini semua pahala buat aku.

Ok tapi dugaan paling tak disangka, aku dapat tahu ada cyst time kandungan aku dah 7 bulan, time tue aku pergi check up dengan en husband di hospital swasta. Aku boleh dikata agak kerap scan di klinik kerajaan yang aku pergi check upm2 mggu sekali disebabkan masalah tekanan darah rendah, sel darah merah aku rendah sangat tapi tak pernah pulak time scan tu jumpa cyst nie.

Time scan di hospital swasta memang dia check betul2, keadaan baby, air ketumban, uri dan cyst nie memang antara perkara dia tengok ada ke tak. Cyst aku time tu dah 7cm diluar rahim, doktor time tu memang terus nasihatkan aku better operation time 9 bulan coz cyst tue dibahagian bawah rahim takut jika bersalin normal cyst akan menganggu jalan baby nak keluar.


Aku nie pon ada penyakit sikit, doktor dah bagi tahu cyst nie ketumbuhan tetapi bukan ketumbuhan yang membahayakan macam kanser. Dia ketubuhan yang boleh membesar atau saiz dia tak berubah. Doktor nasihatkan jangan fikir macam2 dan susah hati, tapi aku nie ada penyakit "tak mahu fikir or ambil tahu" kalau benda tu boleh menganggu emosi aku time pregnant so info tentang cyst ni memang aku tak cari langsung but en abah 'no way ok!' 

So cyst aku time masuk 9 bulan semakin membesar 10 cm, memang aku buat keputusan nekad nak operation juga sebab yer, kalau aku bersalin normal andai kata selamat bersalin normal 3 bulan lepas tue aku kena masuk wad semuala untuk operate buang cyst tue pulak sebab dia membesar. Lagi satu kalau time normal delivery baby ada komplikasi cyst tue menganggu time tu kena operate juga. Nekad operate je, lepas keluarkan baby buang sekali cyst tue.

Now alhamdulillah, lepas semuanya selamat baru la aku tengok apa info2 yang en abah dapat.

APA ITU CYST?

Cyst adalah ketubuhan yang tidak membahayakan digelar sebagai cyst kerana ini mesti mengandungi cecair/ fluids sama mengandungi air, cecair mengandungi protein, darah beku, darah haid, minyaak atau lendir lemak.

Ada juga cyst yang bersertakan ketulan danging, rambut, tulang dan lain-lain. Tapi cyst ni bukan kanser, dia hanya ketubuhan biasa yang hanya perlu dirawat jika dia makin membesar dan memudaratkan pesakitnya.


TANDA AWAL CYST 
  • Sengugut yang teruk ketika haid
  • Kitaran haid tidak stabil
  • Masalah kesuburan
  • Keputihan
  • Perut kembung
Itu antara info yang aku dapat dalam internet nie, aku memang kalau time period sengugut teruk sangat. Dugaan time pregnant Tuhan nak uji, kita terima dengan redha. Ok tu pengalaman aku tentang cyst. 


Monday, March 30, 2015

Saya UMIE sekarang!!

Assalammualaikum...banyak sangat yang tak update nie, memamg dah berzaman tak tengok blog nie, malam nie baca balik entry yang lama-lama dok gelak sorang2. Mana tak yer...just wonderful memori aku tulis dalam blog nie.

Ok now nak share now, aku dah jadi umie kepada anugerah Allah SWT yang terindah serius so awesome perasaan nie. Merasa pregnant 9 bulan, aku cukup 9 bulan jer coz aku bersalin operation coz masalah cyst luar rahim. Story pasal cyst nie nanti citer kat entry lain, hope aku ingat nak share.

First dengar tangisan anak, memang buat aku sayu la, macam dengar takbir raya...sayu yang amat sangat..memang terbayang time tu macam nilah rasa ibu kita time selamat lahirkan kita. Siapa yang dah jadi ibu dia tau la macam mana, siapa yang belum lagi, cepat2 cari pasangan nikah then you know how that feel.

Aniq Ammar