Blogger templates

Photobucket

Wednesday, June 20, 2012

Sugar Glider Cage Decoration

Salam..hari ini terlebih rajin update blog..tadi aku jalan2 dalam internet ini jumpa cantik2 cage sugar glider jom tengok!!
Summer Cage (amat cantik) memang creative owner nie!! 






p/s : Semua pic ini i ambil dalam internet tengok cage sugar glider member lain jeles lol!! Miko & Hazel yer cage pon tak macam ni.. (T_T)

First Step : I wish I Have A Sugar Glider !

Assalammualaikum..hai! seperti yang dijanjikan aku nk full kan blog ini mengenai sugar glider. Ok! straight to da point! tajuk pon dah wish for a sugar glider kan. Ini untuk mereka yang first time yang nak memiliki semanja yang akan buat korang tak senang duduk dan happy yang teramat sangat bila korang dah ada bela nanti. Serius!! tak main-main ni, cuba korang tanya kawan or siapa-siapa la yang dah jadi glider member sure mereka akan jawab best giler because :
  • sugar glider ini manja sangat bila dah bonding ( dah serasi ) dengan tuan dia
  • amat lincah dan banyak teletah
  • comel kot mereka ini!!
  • jaga makan amat tak susah. 
  • tak perlukan kos yang banyak macam kucing
  • bulu dia tak gugur ok! (kalau mereka tak tension)
  • boleh bawa keluar kemana je, simpan dalam poket baju pon boleh, memang tak akan lari sebab dia rasa selamat dengan tuan dia.
  • tak membuang sepah2 (kalau pandai train, saya punya setakat ini train amat awesome! itu nanti i story)
So anda dah berminat dan tertarik?MMmm...apa harga sugar glider ini mahal?!memang la pada mulanya korang rasa macam tak berbaloi je nak belikan, aku pun mula2 nak beli first sugar glider aku nama dia Lilo aku pon berat mula2 tapi aku memang suka windows shopping kat kedai pets ini, lama2 aku tengok sugar glider ini aku tak boleh tahan..geram sangat dengan kecomelan mereka.

Apalagi dengan kudrat aku mengeluarkan duit dari dompet lalu aku nekad membayar untuk seekor sugar glider 200++ tue! tapi bila penjual tue keluarkan seekor dari sangkar yang mana aku nak tu..rasa happy yang susah untuk ditaksifkan (asal banyak sastera ni (-_-) ). Itu pengalaman aku..aku rasa glider member lain pon macam aku gak kot..bila dah pegang sugar glider ini berhabis kan mereka ini memang sanggup kot..

Tapi aku nak ingatkan gak pastikan bajet korang cukup dan jangan sampai korang mengabaikan keperluan asas korang sendiri! buat survey terlebih dahulu sebelum korang nak beli sugar kat mana tempat yang boleh dipercayai untuk korang beli sugar glider ini. Aku ada jual juga untuk arae batu pahat johor, area parit raja, dekat2 dengan UTHM tue..(sambil menyelam minum air..buat market sikit ($_$) ) tapi aku belum sampai tahap buka kedai jual dekat rumah sahaja.

Kenapa kena buat survey?
  • Ada penjual yang jual sugar glider sampai 300++ sedangkan korang boleh dapat dalam 200++ jer
  • Ada juga yang jual sugar glider bawah umur means tak reti lagi makan sendiri masih minum susu mak dia. kalau terkena ini korang memang kena bagi perhatian 24 jam kena beli susu replacement (nanti aku tunjuk susu dia) setiap 2 jam kena suapkan susu tak pon bagi dengan botol dekat kedai pets ada jual dalam RM 5 harga dia. Kalau tak dia (x_x)
  • Ada juga yang jual sugar glider tak sihat, tengok sugar glider tu diam jer tapi penjual tue kata karekter dia memang macam tue..xada makna yer kalau dah mata kuyu je sah memang sakit.    
Lagi satu aku pernah kena time beli Lilo dulu, penjual tu kata bagi nestum boleh tapi balik je aku bagi Lilo makan nestum dia cirit-birit. Memang aku risau tahap tak tahu nak cakap la..aku stop bagi nestum..alhamdulillah lepas 2 minggu Lilo lincah dan manja sangat lepas mummy dia ni rawatkan, itu aku cerita kemudian aku rawat macam mana tak pergi klinik tapi dapat nasihat dari klinik la gak.hehe

Ok!!Citer panjang2 buat bosan je nanti, PERKARA ASAS UNTUK BELI SUGAR GLIDER:
  • Sugar glider WAJIB umur dia 2 bulan ke atas sebab umur macam ni dia dah boleh makan sendiri tak minum susu mak dia.
  • Seelok-eloknya bela 2 ekor tapi kalau korang rasa tak boleh berenggang dengan sugar glider korang nati beli la sekor jer. Sugar glider nie boleh mati kerana kemurungan tak dapat perhatian sebab dia haiwan yang hidup berkoloni (berkumpulan)
  • Sangkar 3 kaki tinggi because mereka memang suka lompat2, bagi yang baru berjinak-jinak beli sangar burung pun boleh la itu pun kalau sugar glider korang 2 bulan la.
Sangkar 3 kaki (RM100)
Sangkar Moden 3kaki (RM150) 


Sangkar Biasa 2kaki (RM65)
  • Sleeping Pouch 
  •  Makanan seperti buah (beli yang buah yang dah siap potong baru RM 1) dan HPW (RM 15) ada juga yang bagi makan ulat/serangga tapi aku tak bagi sebab nanti tahi dia busuk. 
HPW 
  • Mainan sikit bagi dia main. (biasa dalam RM 10 dah boleh dapat tapi bergantung la)

Ini contoh dalam internet 
  • Air ( air biasa boleh tak pon air tu kita campur madu cikit nak bagi rasa jer)
Aku rasa cukup sampai sini dulu info untuk mereka nak join glider member ini..pada yang berminat welcom to our group glider dan yang memang dah ada TAHNIAH!! nanti aku update lagi..okey!! Nanti ada yang nak tambah sila2 la yer!! amat diharapkan..sharing is loving!!

p/s : Ada haiwan peliharaan ini salah satu terapi stress dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini FAKTA bukan AUTA ok! 

Tuesday, June 19, 2012

Sugar Glider Blog !!

Salam..sudah lama mendiamkan diri, kini aku kembali untuk penuhkan blog ini semua mengenai sugar glider, dari tip penjagaan, mainan dan macam-macam la!! Life aku pon sekarang banyak melayan 2 si manja di rumah tu Miko and Hazel so aku nak share semua ini dengan reader an glider member !!

Dan aku harapkan ada yang sudi share story mengenai glider korang dengan aku..ok!! sampai sini jea dulu ok!!
Miko Chan & Hazel Chan!! (Glitter Member)