Blogger templates

Photobucket

Thursday, December 23, 2010

Belanjawan 2011 Bersama Mr. Pelangi

Huhu...penat telinga ini mendengar penerangan dari Mr. Pelangi a.k.a insan tersayang..biasa orang bercinta asyik bermanja memanjang dengan Mr. Pelangi nie bagus yer memang suka share informasi masa depan..means kteorang ini pasangan bercinta berkhemah laaa..(perasan yer!!!)

Okey lah nama pon belanjawan 2011..Mr. Pelangi berhasrat untuk membuat pelaburan dengan ASB (Amanah Simpanan Berhad)..ini mengikut keterangan dari beliau dan info yang beliau dapatkan ini daripada customer services Maybank itu sendiri..selang beberapa hari lepas beliau ke bank atas urusan apa patik kurang amik tahu.

Pelaburan yang dimaksudkan adalah melalui duit simpanan yang kita simpan di akaun maybank kita boleh dilaburkan melalui ASB ini. Bermakna sedikit daripada duit simpanan kita akan ditarik oleh ASB untuk disimpan dan dilaburkan..dan pelaburan ini ada memberi sijil kepada korang dan ia bernilai ok..

Contohnya..korang nak buat simpanan dalam ASB ini RM30 000 untuk tempoh 25 tahun..so ASB akan tarik duit simpanan dalam akaun maybank korang dalam RM170 (ini berdasarkan kemampuan dan kontrak) setiap bulan..after 25 tahun korang simpan korang akan dapat jumlah korang simpan RM30 000 tapi tapi tapi apa yang dimaksudkan dengan pelaburan..setiap tahun korang akan dapat diveden daripada ASB.. dividend ini berdasarkan berapa peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Paling rendah dividen ini pon 5 %..so jumlah simpanan korang akan bertambah mengikut dividen yang korang dapat setiap tahun dan dividen ini jugak korang boleh keluarkan tapi duit simpanan korang tak bloeh keluarkan melainkan korang jual sijil ASB yang korang dapat selepas korang tanda tangan kontrak.

Peringatan juga korang tak boleh jual sijil dan berhenti menyimpan selagi akaun korang belum matang. Nak tahu kenapa? of coz la kena penalty so ini akan buat korang beringat bila dividen korang dapat jangan enjoy lak so simpan untuk kegunaan kecemasan mana nak tahu tetiba ada bulan korang tak boleh nak menyimpan coz duit kat akaun simpanan biasa korang dah terpoya- poya..

Memang nampak macam susah tapi korang kena survey betul2 kat maybank mengenai ASB ini..berape korang rasa boleh kalau dyeorang nak ambil duit kat akaun simpanan biasa korang..so pastikan ia tidak membebankan.. Ini untuk simpanan jangka masa panjang korang juga..cubz korang duduk sejenak..fikir2kan.

Agak2 kalau korang buat pelaburan untuk jangka masa panjang..contohnya korang start buat pelaburan nie umur korang sekarang 25 tahun..then korang melabur untuk 25 tahun akan datang cuba korang wat kira : 

Yang kat bawah ini jadual dan penyata keuntungan dari info yang boleh dipercayai dan dah melabur pon..dye melabur RM10 000 : ini link blog dye (http://blogsahambaru.wordpress.com/2009/04/06/skim-pelaburan-asb-maybank-april-2009/)



Kes 1: RM25,000, tempoh 10 tahun:


Bayaran bulanan = 2.5 x 104 = RM260


Kes 2: RM70,000, tempoh 20 tahun:


Bayaran bulanan = 7 x 64 = RM448


Ini berdasarkan kadar faedah berikut:


BLR – 1.35% (3 tahun pertama)
BLR – 1.30% (tahun seterusnya)


Jadi faedahnya sekitar 5.55-1.35 = 4.2%.
Untuk kira keuntungan, bagi pinjaman RM10,000 utk 20 tahun:


Anggaran dividen ASB (2009) 7% = RM10000 x 7% = RM700.
Tolak bayaran bulanan: 64 x 12 = RM768.




Yang ini pulak penyata pelaburan dari ASB Maybank: http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asbrepymt_table.pdf 
Besar sangat blog patik tak cukup besar nk lampirkan...huhuhu

Patik rasa cukuplah untuk malam ini..tak pasal2 jadi pengawai bank pelaburan lak..tapi tak layak nak jadi staff bank..hahahhahahaha...fikir2kan agak boleh membantu membina masa depan...biar susah time muda dah tua boleh berehat2 beramal.. 

Ayat Mr. Pelangi time muda2 biar kerja susah sambil2 tue ingat juga kematian tapi bila dah tua tak payah kerja susah boleh tambahkan lagi amal dan ingat juga mati..bukan tua jer baru nak ingat mati.. 

Kalau korang tak faham bahasa aku ni..apakata korang google sendiri...banyak kelebihan yer..dan  islamic yer pelaburan ASB ini dah lama ditubuhkan...


After 25 tahun korang dah boleh keluarkan duit yang korang simpanan itu dan dapat dividen + bonus lagi daripada ASB..pastu pandai2 la wat calculate berape korang dapat dengan duit APF + Socso (bagi yang bekerja yer) dengan erti kata bila korang dah tua dah jutawan coz kutip hasil titik peluh semasa korang muda2 nie...huhuhu


Ini Link MAYBANK MENGENAI ASB NIE http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalList04.do?cntTypeId=0&channelId=LOA-Loans&programId=LOA10-ASBFinancing&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans