Blogger templates

Photobucket

Sunday, December 26, 2010

Alhamdulillah Aku Masih Dicintai.


Entry kali ini mungkin agak jiwang bagi kalian tapi itulah yang aku pelajari baru-baru ini. Cinta bukan sekadar pada diri luaran seseorang mahupun dalamannya tapi sedalam mana diri pasangan korang dapat terima diri korang dan sentiasa disisi susah mahupun senang.

Tersentuh rasanya apabila terkenangkan betapa jujur dan redhanya hati seorang bernama kekasih yang menerima apa pun perit luka,,sejarah hitam kekasihnya demi mendambakan cinta yang suci dari insan yang yang dicintainya..

Aku teramat memandang hormat kepada insan sebegini..bagi aku mereka cukup jujur,setia dan bijak. Buat ketika ini yang ayat yang sering berlegar difikiran aku "Setiap yang hidup pasti akan mati" itu janji Tuhan pada kita, tiada yang kekal dimuka bumi Tuhan ini..

Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku lihat sendiri dan baca..semuanya begitu hebat bagi aku. Sememangnya cinta itu anugerah Tuhan buat hambanya merasa dihargai dan dikasihi dimuka bumi Tuhan ini.

Aku sendiri punya cerita tersendiri..pencintaan Arwah Opah Nina dan suaminya boleh menjadi contoh yang begitu mendalam..even hanya seminggu dapat hidup bergelar suami isteri sudah cukup bermakna bagi mereka..

Aku tak terkata bertapa jujur dan ikhlasnya suami arwah apabila dikhabarkan tentang penyakit luekimia opah Nina. Dia masih mahu menlangsungkan perkahwinan yang selama ini mereka impikan. Bagi mereka ajal maut, jodoh dan pertemuan ketentuan Allah SWT. Kini tinggal atuk seorang bersama kenangan yang telah tercipta bersama arwah...Semoga atuk dapat jalankan hidup dengan lebih tabah selepas ini..

Aku harap punya kekasih seperti itu dapat menerima apa pun dugaan,jujur,ikhlas dan setia disisi aku...Mudahan2 semuanya tertulis yang terbaik buatku dan korang semua..

Akhir penutup kata " Adakala Allah SWT hilang matahari dari kita dan turunkan hujan, kita menangis kemana hilangnya matahari tapi rupanya Dia mahu berikan kita pelangi yang cukup indah"