Blogger templates

Photobucket

Monday, October 31, 2011

Try Jadi Lebih Pemaaf...AAAAAaaaaaaaaa

Ada seseorang pernah berkata pada aku "kadang2 tu perangai awak wat saya sakit hati juga tapi saya tak sampai hati pun nak wat macam mana yang awak wat kat saya! tak tahu la maybe hati ini lembut sangat & cepat memaafkan orang"

Serius ayat ini betul2 buat aku tersentap sekejap..bukan kerana dia cakap dia sakit hati dengan perangai aku tapi ayat "cepat memaafkan orang". Tetiba aku rasa sayu sangat..memang tak dinafikan aku bukan mudah maafkan seseorang itu dan memang ada seseorang yang aku tak maafkan sampai sekarang.

Banyak yang berlaku pada aku sehingga buat aku terlalu susah memaafkan bila hati disakiti. Aku jadi terlampau protect diri sendiri. Aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk aku jadi susah maafkan orangkan..aku boleh maafkan tapi memang ambil masa..

Tapi bila aku dapat ayat itu..aku jadi cair...Aaaaaaaaaaaaaaaa............sampai sekarang ayat ini masih ada dalam kepala aku ini..

Aku akan cuba belajar memaafkan orang, aku sedar aku pon hamba Allah SWT yang tak pernah lari dari kesilapan tapi Allah SWT sifatnya Maha Pengampun.. kenapa aku yang cuma hamba susah nak maafkan insan lain...

Sunday, October 30, 2011

My Dream Dress!!


Sweet sangat jubah ini...amat aku berkenan. Mana tak yer banyak kedai la juga aku berjalan nak cari baju ini rupa2 ia dijual di HAJABA collection. Harga pon boleh tahan gak la sama cantik dengan cutting dan kain jubah ini memang perfect.. Nampak memang simple tapi elegant ok!! One day i will buy it!!!

Thursday, October 20, 2011

Paper is Akhbar

Tak pernah-pernah aku membaca semua berita yang ada pada dada akhbar..sejak akhir2 ini aku wajib membaca semua isi dalam smua akhbar yang ada di Malaysia ini...

Woooooo.. mengantok..lagi bab2 politik dan ekonomi..mesti korang pon bosan jangan kata tak la!! Tipu laa..lain la kalau yang berkerja tentang ekonomi ini wajib la tahu tentang ekonomi nie.

Aku pulak kerana mahu mencari statement orang penting aku kena baca semua isi paper nie....mahu juling mata aku oiiii....

Kerja bukan wartawan tapi cari article macam wartawan... huhuhuh..

Saturday, October 15, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran En. Abah..

Tiada kata yang dapat diucapkan selain Terima Kasih..
Terima Kasih sentiasa ada disisi anakmu ini..
Terima Kasih kerana menjaga keluarga ini..
Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar walaupun bukan secara terang2..
Terima Kasih kerana memikirkan anak-anakmu ini..
Terima Kasih kerana menjadi Abah yang terbaik..
Terima Kasih untuk setiap khurat yang diberikan untuk mencari rezeki keluarga..
Terima Kasih...untuk semuanya....



Love you En Abah...

Friday, October 14, 2011

Aku Kian Dewasa..

Assalammualaikum..lama rasanya aku tak mengadap diary aku..!! I miss to write here!! Saat aku menaip entry ini lagu I'm big big girl menjadi teman. Orang kata apa! amik mood..haha banyak la aku punya mood kerja tengah melambak boleh pulak aku merewang buat entry...

Tapi sememengnya makin hari aku makin sedar aku semakin dewasa..korang tahu tak? aku punya tak sedar diri umor ini bukan lagi 21 bila puan emak aku tanya umur aku. Aku boleh jawab 21..terus puan emak berkata cuba kira balik betul2..lagi bila dyeorang celebrate besday aku tulis no 22 pada kek, aku boleh pelik..memang tak sedar diri betul..

Itu semua buat aku semakin sedar aku semakin banyak tanggungjawab dan banyak lagi harapan family aku yang belum tertunai. Puan emak dan Encik abah terima kasih kerana banyak bersabar dengan aku yang dengil ini..

Aku sekarang dah mula belajar kerja buat website, aku memang minat buat benda2 mengenai programming nie tapi aku paling pening bila aku tak paham apa yang bos aku nak..still takut2 nak buat sesuatu. Tapi alhamdulillah aku banyak belajar dari semua sudut.

Biasalah kalau kalau dah habis grade hutang mesti apa pada mereka yang bukan kaya raya ini.. MARA aku memang akan take positive thinking..so hopefully Allah SWT murahkan rezeki aku dan permudahkan segalanya..

Jangan hanya berdoa tapi kita tak berusaha mengubah nasib sendiri..peringatan buat aku selalu..

Wish me luck guys!!!