Blogger templates

Photobucket
Showing posts with label Secret. Show all posts
Showing posts with label Secret. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"

Assalammualaikum...excited nie! selalu aku jenggah je barang2 yang seniorita irinie marcello nie jer nak mencuba barang dye belum berani lagi Tapi hari ini bila aku buka blog seniorita irinie hari ini aku terus jadi dia buat giveaway untuk product yang aku nak sangat cuba tue...apalagi tanpa membuat masa..aku pon "study" habis-habisan  la pasal entry giveaway dia..

Korang mesti cakap apa benda la aku merepek ni..tak ada permulaan pon pasal product aku cakap ni..??benda alah apa yang aku nak sangat nie kan sampai aku jagi tak tertentu arah nie .
AKU NAK INI!!! MIRACLE TAB


Korang nampakkan ada 3 barang?satu tab EX , tab soap & HD Glow Essence, nak aku terang satu-satu ker?? tak yah kot ..nak tahu  KLIK SINI!! untuk tahu lebih lanjut tentang status product dan kemusykilan anda!!
Aku memang ada masalah cikit dengan kulit wajah , dah macam2 product saya cuba tapi semua tak berkesan..(dah macam dialog iklan kat tv lak). Tapi aku tak akan putus asa untuk menyelesaikan masalah ini.. tapi ada time rasa down gak la ..tipu la kalo tak ada tue..Aku harap product ini dapat membantu aku mencapai hasrat kulit wajah yang miracle   Insyaallah.. oklah sampai sini je dulu!!kalo ada rezeki saya..insyaallah..

Monday, November 21, 2011

JANGAN!!! Thanks En Abah!!


"Jangan bangga dengan handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yang boleh menyelamatkan kita adalah DOA "
''Jangan bangga dengan rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR
''Jangan bangga dengan title/gelaran, kerana title kita yang terakhir adalah... ALMARHUM"
"Jangan bangga dengan wajah yang cantik/handsome, kerana wajah kita yang terakhir adalah TENGKORAK "
"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH"
"Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yang terakhir adalah TANAH"

Thursday, November 3, 2011

Imej Manusia Dalam Tumor

Paper utusan hari ini, ada berita mengenai imej manusia dalam tumor ia berlaku di London, imej wajah manusia sering ditemui dalam pelbagai objek dari gunungan di Planet Marikh hingga ke acuan lempeng, tetapi dua saintis dikejutkan dengan penemuan imej itu di tumor yang tumbuh dalam testis pesakit mereka baru-baru ini.

Wajah manusia yang kesakitan itu dengan mulut ternganga ditemui dalam testis imbasan ultrabunyi seorang lelaki berusia 45 tahun yang menderita kerana sakit.

Ini pic pada akhbar Utusan hari ini

Menurut Dr Greg Roberts dan Dr Naji Touma dari Universiti Queen Ontario, imej itu memberi impak yang besar kepada mereka lalu mereka menghantar ke jurnal jabatan Urologi

Jurnal berjudul The Face of Testiscular menerangkan bahawa pekerja2 makmal tersebut hairan dengan kejadian tersebut imej wajah seorang lelaki merenung tajam dengan mulut terlopong seperti sedang menderita kesakitan dalam imbasan ultrabunyi itu.

Namus selepas berbicang dengan lebih mendalam mereka menyimpulkan ia hanyalah sekadar kebetulan bukan tanda2 dewa yang melambangkan kelakian

Imej tersebut yang diterbitkan dalam bentuk jurnal September lalu tersebar selepas ia ditemui akhbar The Chronicle Of Higher Education di Washington

Terbaik tak??? Banyak info aku dapat bila baca akhbar, adakalanya memang bosan jugak kalo banyak sangat politik kan...hehehe..so rajin2 la baca paper!!! komen sikit merepek la ingat dewa apa ntah! yang itu korang jangan percaya yer saudara2 muslim ku..


Tuesday, November 1, 2011

I Wish You Were Here

I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all

There's a girl
who gives a shit
behind this wall
You've just walked through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

Wednesday, June 1, 2011

langkah yang terhenti

senyuman yang selama ini terukir
berubah menjadi pahit dalam hati
semua pandangan aku alihkan
pada yang menenangkan
andainya kau dapat memahami
bahawa aku menangung semua ini
jalanku belum dapat aku pasti
tiap langkah ini sentiasa mencari
sokongan hanya pada kata-kata
yang membuat aku lebih tak berdaya
andai kau dapat memahami isi hatiku
semuanya aku sendiri
sendiri menanggung semuanya
semua yang memandang meletakkan aku salah
dan jalanku belum dapat aku pasti

Tuesday, May 3, 2011

Suami yang Sempurna

" Saya janji tak akan tinggalkan awak " itu janji kita..sehingga kita bergelar suami isteri semuanya indah sangat.. sayang jadi isteri yang cukup sempurna pada dasarnya tiada isteri yang setanding sayang dalam hati saya..

Sudah setahun kita bersama tapi masih tak dikurniakan zuriat sendiri, satu hari sayang ajak jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan. Doktor mengesahkan sayang tak boleh berikan saya zuriat. Hati saya luluh sangat bukan kerana berita itu tapi melihat sayang menitiskan airmata kecewa. Saya tahu hati sayang lagi luluh hancur, saya hanya mampu memeluk sayang dan katakan " sabarnya sayang.."

Lama sayang mendiamkan diri kerana kecewa walaupun sayang ukirkan senyuman, saya tahu sayang lakukannya untuk saya. Sayang tetap jalankan tanggungjawab sayang sebaiknya..bagi saya sayang tetap sempurna walaupun rumah kita tak diserikan dengan tangisan anak2..sayang tetap sempurna. Saya tak pernah sebut hal anak dengan sayang sebab saya tak nak lihat sayang menangis.

Sayang cadangkan sayang sibuk dengan kerjaya untuk lupakan kesedihan sayang...sejak itu saya lihat sayang epy sangat2.

Satu malam saya terlihat sayang menangis..saya tanya sayang kenapa? tapi sayang tak jawab.. sayang hanya menangis teresak-esak. Sayang cakap " Ayang hanya rasa nak menangis puas2".

" Abang ayang pregnant!! " itu jeritan sayang paling gembira sekali.. Muka saya masa itu blur tapi hati tetap bersyurkur. Kita dikurniakan cahaya mata..sayang bagitahu sayang jalankan rawatan untuk membolehkan sayang mendapatkan anak. Saya bangga dengan sayang kerana sememangnya sayang seorang yang tak akan putus asa..

Sembilan bulan kita menanti kelahiran yang benih cinta yang kita semai hampir 5 tahun kita bersama. Melihat sayang siang malam bangun untuk sujud kepadaNYA, menambahkan rasa sayu dalam hati lelaki yang begitu bertuah memiliki isteri solehah..

Jam1 pagi sayang kejut saya mengadu sakit..tiba masa untuk sayang melahirkan, saya panik time itu tapi sayang tetap tersenyum dalam sakit..sayang tetap tenangkan abang. Sayang cium tangan saya.." Abang tenang..."

Masa dihospital saya cemas sangat..sudah tiga jam sayang didalam bergelut dengan nyawa untuk melahirkan anak kita. Lampu merah dibilik operation sayang terpadam..doktor keluar..saya cemas melihat senyuman terukir pada bibir doktor menenangkan abang. "Bayi anda selamat"

" Alhamdulillah..bagaimana isteri saya? " tanya saya. " Isteri awak nak jumpa awak " dalam nada sayu doktor menjawab. Saya terus mendapatkan sayang..sayang tersenyum hamba tapi tetap manis..dalam rakulan sayang anak kita. "Abang azankan anak lelaki kita.." pinta sayang. Saya amik anak kita dengan senyum pada sayang..dan azankannya..dan berikan pada nurse yang ada disitu.

Tapi melihat sayang saya sayu..saya berpaling pada doktor yang ada disitu..dia mengelingkan kepala. Airmata saya menitis ketika itu..sayang pegang tangan saya.. "Abang maafkan saya..jaga anak kita.." dalam nafas tersekat2.. Saya bisik ditelinga sayang
'lailahaillah.."sayang ikut dengan nafaz tersekat..akhirnya...

'Assalamualaikum..abang maafkan sayang tak beritahu abang hal ini. Risiko untuk sayang melahirkan anak memang tinggi tapi sayang nekad kerana ajal maut jodoh pertemuan di tanganNYA. Abang suami yang cukup sempurna sentiasa ada disisi tak kira waktu malah abang tak pernah buatkan sayang terasa kurang. Terima kasih kerana menjadi sahabat dan suami yang sempurna. Ahmad Dani yang bermaksud dekat menjadikan cinta kita selalu dekat dengan cinta hakiki kita..jagalah anugerah Tuhan ni..

Dari cinta isterimu...'

Surat sayang akan saya menjadi penghubung kekuatan hati ini .Sehingga hari ini sayang tidak ada gantinya...terima kasih sayang..terima kasih untuk cinta dan segalanya...

Tuesday, April 26, 2011

Penyesalan Tak ada kemaafan

Semuanya bermula disini..tak kan pernah saya dapat lupakannya walaupun ia menyakitkan ia tetap dah tertulis dalam chapter hidup ini..

Awak ingat lagi tak masa mula2 kita jumpa ketika itu sedang borak2 dengan roomate saya. Korang satu jurusan masa itu awak temankan roomate saya tunggu bus untuk balik asrama. Kita jumpa tapi tak bertegur pon sebab saya nak kejar naik bus untuk balik cepat.

Hanya senyuman menjadi salam perkenalan kita masa itu..selang beberapa minggu selepas itu kita berjumpa di library masa itulah kita mula berborak dan tukar no phone..

Malam itu awak call saya..macam2 kita borakkan..sejak dari malam itu tiap2 malam awak call saya..selang beberapa minggu selepas itu kita couple..

Saya ingat lagi macam2 awak cerita mengenai ex couple awak..sejak awk putus dengannya awak tak percayakan lagi hubungan yang series tapi bila awak kenal saya..awak kata semuanya akan berubah..

Kita masih sama2 belajar jadi keutamaan kita mesti pada pelajaran hanya call dan sms menjadi perhubung kita. Kalau kita jumpa pon sekadar di library itu pun sekejap, adakalanya pernah juga kita makan sama2..

Pernah sekali saya berjumpa dengan kawan2 awak..mereka cakap mudah2an bila awak dengan saya awak akan jadi lebih baik, saya hanya tersenyum jea..

Awak ingat lagi tak besday awak yang ke 21..hari itu awak terharu sangat2 saya buat kejutan sambut besday awak di KFC masa itu semua saya tanggung..awk sangat2 tak sangka saya akan buat macam itu..itu bukti saya sayangkan awak walaupun siapa awak pada masa silam awak..saya terima apa adanya..bagi saya semua orang boleh berubah..

Awak cakap itulah besday awk paling teristimewa dalam hidup awak...saya hanya doakan apa yang terbaik untuk awak..

Tapi...selang beberapa bulan awak mula berubah..awak cakap dekat saya awak nak berhenti belajar kerana awak dah tak minat belajar dan family awak ada masalah..saya hanya mampu diam bila dengar awak cakap macam itu..masa itu hati saya memang tak keruan.

Awak cakap dengan saya keputusan itu yang terbaik untuk awak dan awak tak kan pernah berubah hati terhadap saya.. Saya cuba nasihatkan awak, sayang sangat2 kalau awak berhenti separuh jalan..awak tak nak dengar.

Saya terima keputusan awak..saya memang tak kisah hubungan jarak jauh tapi saya risaukan masa depan awak.

Awak balik kampung tinggalkan saya..saya teruskan kehidupan saya tanpa awak ada sekeliling saya..tapi kenapa? selang beberapa hari awak balik..awk mula berubah saya call awak tak angkat..sms saya pun awak dah mula tak reply awak. Alasan awak bagi sibuk tolong ayah awak uruskan kebun. Mula2 saya terima tapi lama2 saya rasakan ada sesuatu..

Satu malam saya call awak untuk tanya apa sebenarnya berlaku..selepas saya desak tanya awak, baru awak cakap dekat saya awak kena tangkap khalwat dengan perempuan yang awak ceritakan pada saya kawan baik awak dari sekolah rendah. Masa itu saya tetap tenangkan diri dengar satu2 penjelasan awak..awak cakap awak berdua dekat tepi pandai untuk tenangkan dia lepas putus dengan boy dia.

Awak minta saya jangan berhubung dengan awak untuk beberapa ketika coz awak nak selesaikan perkara itu. Tapi saya tak faham kenapa saya perlukan diamkan diri sedangkan saya mesti nak tahu perkembangannya..

Sejak detik itu hati saya mula terdetik ada yang tak kena...kawan2 saya semua cakap awak dah tipu saya..awak mesti dah ada orang lain dekat sana tapi saya tetap tak percaya saya hanya akan percaya kalau itu pengakuan datang dari awak sendiri..

Hari saya call dan sms awak untuk tanya khabar awak..sampai satu masa seorang perempuan angkat call awak. Saya tanya siapa dia? dia jawab dia awek awak. Saya tanya lagi berapa lama dah? dia jawab dah enam bulan..saya terdiam..masa itu saya teringat selepas 2 minggu saya sambut besday awak..awak dah.....

Malam itu awak call saya balik tanya apa yang saya borak dengan perempuan siang tadi..coz perempuan itu merajuk dengan awak..tak nak angkat call awak.. Masa itu hati saya hancur awak tak rasa kesal langsung dengan apa yang awak dah buat dekat saya..

Saya ingat lagi awak maki saya.. "wei perempuan gila @#$%^&* apa kau cakap dengan awek aku siang tadi! " saya marah sangat masa itu..awak maki saya..awak buat perkara yang saya paling tak dapat maafkan..

Sejak itu saya buang semuanya..tak akan ada lagi sejarah awak..selang dua bulan awak cari saya..awak minta maaf sangat2 atas apa awak buat terhadap saya..tapi saya memang tak akan maafkan awk..sungguh banyak penipuan awak buat. Semua yang awak katakan pada saya sebelum ini cerita yang awak bagitahu kena tangkap khalwat semuanya tipu. Awak mengaku untuk putus dengan saya awak reka cerita macam itu. Awak cakap lagi awek awak itu dah tinggalkan awak kerana nak ikut lelaki kaya..

Saya hanya ucap tahniah! bagi saya penyesalan awak tak bererti apa2..apa pun yang awak bagitahu saya..semuanya tipu bagi saya..

Salahkan saya untuk memadam semua tentang awak....???berhenti memohon maaf kerana kemaafan itu tak akan ada...


Thursday, March 17, 2011

Masa Istimewa Semua

Masa bukan umpama emas
Masa umpama detik mengira kematian
Kita tak mungkin dapat kembali ke masa lalu
Malah tak boleh meramal masa akan datang
Meratapi masa dengan penyesalan umpama menebalkan lagi kekecewa
Mengharungi masa yang tersisa dengan hikmah menjanjikan syurga masa
Dunia semakin tenat menanti hari kedamaiannya
Jiwa yang menangis menanti perhitungannya
Buku amalan kiri kanan bahu menanti hari dikemukakan
Anggota yang badan tak sabar meluahkan apa yang tersimpan
Hanya roh dan jasad yang tidak tahu nasibnya mengigil dikala hari itu datang
Ilmu yang dikumpul tak sabar untuk menyumbangan
Bersediakah kita untuk hari itu??

Tuesday, March 1, 2011

Cinta adalah kemenangan milik berdua

Jarak bukan penghalang kesetian
Rindu bukan menjadi kebosanan
Alasan untuk mencari yang lain
Cinta bukan sekadar melengkapkan jiwa
Tapi menjadikan insan itu mengenal erti kesabaran
Saling mempercayai dan ikhlas dalam perhubungan
Akan menjadikan cinta mekar
Semekar kepercayaan dan penantian
Saling menghargai anntara satu sama lain
Doa menjadi senjata kebahagaian
Jalan keredhaan NYA semakin hampir..
Biar apa yang diperkataan..
Hati akan tetap dengan pendirian akal
Jauh sekali mengkianti sesama sendiri
Janji bukan sekadar janji
Ikatan ini bukan sekadar dimulut
Tapi kepastian mengerja impian nan satu
YA Allah permudahkanlah..
Tetapkan jodoh ini abdai itu qada dan qadarnya..

Thursday, February 24, 2011

Terserah

Jangan pernah hadir dalam hidup ini
Sudah jelas semua ini yang kau mahu
Kau sakiti hati ini untuk sekian kali
Jika kau masih keliru
Jika kau masih belum pasti
Dimana erti sebuah kesetiaan 
Bila hanya dalam kata-kata
Aku cuba untuk bertahan
Tapi aku tak sanggup
Terserah kali 
Sungguh aku tak akan peduli
Biarkanlah aku sendiri
Tanpa banyang-bayangmu lagi..
Aku tak sanggup jalani cinta dengan mu lagi
Biarlah semuanya terserah...

Tuesday, February 22, 2011

Sakitinya Adalah Terbaek

Adakalanya tak salah kita menyakiti hati seseorang itu
Sebelum dia lebih mengharap
Sebelum kita lebih menyakiti dia lebih parah..
Kita selalu berfikir untuk menjaga hati seseorang itu
Sampai kita tak sedar sebenarnya ia yang lebih menyakitkan
Memberi harapan tinggi pada seseorang
Membuatkan dia lebih ke awang-awangan
Bukankah ia lebih sakit apabila ia jatuh kelak..
Seumpama mempermainkan perasaannya..
Terlalu menjaga hatinya 
Sampai kita menafikan kebenaran sebenar
Pernah tak kita terfikir
Biar dia sakit sekarang 
Ia akan pulih
Sebelum dia berada tinggi
Akirnya akan jatuh lebih dalam
Dan meninggalkan parut lebih dalam
Kita sering merasakan melupakan jalan terbaik
Tapi sebenarnya tidak
Kemaafan adalah langkah pertama
bagi menyembuhkan segalanya..

Monday, February 21, 2011

Roh Menangis

Dalam sejenak adakalanya kita terasa ingin menangis 
Tapi kita tak tahu mengapa dan sebab apa?
Akal masih keliru..
Ketika itu setan mula berbisik..untuk menyesatkan 
"Mesti ada perkara buruk nak jadi"
Itulah yang sering kita ungkapkan
Tanpa kita tahu sebenarnya roh kita mahukan makanannya..
Mahu diberi suntikan semangat...
Makan dan suntikan itu adalah Al-Quran..
Kitab yang sering menjadikan manusia sentiasa tenang dalam hidup..
Ku sedari hanyalah pada diri Mu
Yang ku dambakan selalu
Setegar mana diri kita..
Sebesar mana kita di mata dunia..
Sesenang mana kita di dunia..
Tak akan mampu hilangkan tangisan roh kita..
Melainkan Al-Quran dan sujud padaNYA...

Wednesday, February 16, 2011

Impian Menangis Tanpa Henti

Ingin sekali aku menjadi gadis seperti didalam balang kaca
Tidak mudah dimiliki oleh cinta yang tidak utuh
Tidak mudah disentuh
Sentiasa tunduk agar tidak angkuh dengan anugerahNYA
Sentiasa mengalirkan tangisan keinsafan
Teguh iman dan hatinya 
Tidak mudah alpa dek dunia yang semakin dianggap kekal
Jejak kakinya sentiasa mengingatkan dia akan barzah..hari perhitungan..
Hatinya yang menyintai yang SATU
Insan yang memilikinya hanya menyintai imannya
Hanya ingin menjamah keredhaan yang Maha Penyayang
Subhana Allah..aku menyintainya..menyayangi kerana ENGKAU
Iman ini sering digugat dek syaitan yang menghancurkan
Bukan ini cinta yang sering aku dambakan dalam doaku
Bukan cinta yang menghumban aku ke neraka..
Tangisan ini tak henti minta dilepaskan..
Sesungguhnya setiap pemberianMu pasti disertakan dugaan..
Kini Engkau perkenankan doaku 
Rintihan aku agar tidak jauh dariMu
Namun aku masih tamak meminta
Hentikan kemarahan hati yang kian lama ini..
Tangisan aku tak memadai untuknya..

Thursday, October 21, 2010

Please be Nice to ME..

I call you everyday
Only wanting to watch you in conversation
Whatever the time of the day
You, the one who finds it unbearable without me
But now so different, you're like a stranger to me

Yes, it was the same that night
Claiming you were busy once again
My place has been replaced by another and I see that you are happy
Carelessly, you cast me aside
How could you ~

Sorry Oh My Girl
You've changed too much Oh My Girl
You and I both know well
Do not deceive me
Cause I know your everything

Sorry without Girl
Just not to be Oh My Girl
My look when you're by my side
Is not one of despair and misery
Please (i beg!) treat me well

Many smiles
And many sweet whisperings
I'm sure many men will fall for all that
Please do not do this to me

Hand in hand
Looks of happiness
The perfect us
Looking at that look of yours, however, how do I comprehend

I tried to figure out
Please my love
I want to listen to the intentions of the real you

Cinta Menyusahkan!!!

Berita kosmo hari ini melaporkan seorang gadis sanggup mencuri barang kemas ibunya kerana mahu membayar wang jaminan teman lelakinya yang ditangkap khalwat..

Pergggggggghhhhhhh!!!!! pompuan paling tak berakal..sanggup kau curi barang kemas mak semata-mata nk bayar wang jaminan teman laki yang jelas tak berguna dan tak beri bakti apa2 sekadar bagi ayat cinta janji setia yang sekadar kat mulut. Memang hampeh..terang2  boy kau tue kena tangkap khalwat..

Kepada couple2 diluar sana yang sayang giler kat pasangan korang lebih dari family baik buka mata dan berfikir balik la terutama mereka yang bercouple sampai sanggup bagi apa aje kat couple korang tanpa ikatan yang siyes..!!

Lagi couple yang pernah curang dan dicurangi, aku nak tanya korang la..kalau pasangan korang tue sayang giler kat pasangan dye kenapa dye harus ada skandal or rasa tertarik kat orang lain. Sedangkan dye dah janji akan setia dengan korang ? (kat situ dah nampak ok dye langgar janji )

What da hell!! second chance korang nak bagi kat dye utk buktikan rasa sayang & cinta paling tak boleh bla nk tebus kesalahan dye la konon yer. Akan datang korang boleh jangka perkara yang sama boleh berulang dan kalau masa tue korang dah kawin beranak pinak agak2 korang boleh accept ker??

Kalau bercinta tapi sampai tak cintakan diri sendiri tak kemana OOoiiii... Cinta membuta tuli namanya tue... Plzz..la letak nawaitu dekat hati korang tue..

UTAMAKAN CINTA HAKIKI..CINTA PADA ALLAH SWT & RASUL..SECOND PARENT YANG KORANG TAK DAPAT UKUR CINTA, KASIH SYANG DAN SETIA MEREKA..THEN DIRI SENDIRI..

Jadilah pencinta yang membahagiakan diri sendiri..bukan membahagiakan insan lain...fikir2kan..selamat beramal...