Blogger templates

Photobucket

Thursday, April 28, 2011

Gift & Korean For mother & father day !!!

Haaaaaa!!!!! korang minat tak dengan fesyen ala2 korean!! kat sini aku nak promote ada satu blog baekkk punyaa... Ada satu blog brader nie..memang sempoi la..bukan takat jual baju dye gak ada jual souvenir..macam2 la so korang layan link dia...
Lagi nak mother's day & father day pergi la cari idea kat blog brader nie...

Join Segmen!! Nak Hadiah!!

Good evening korang!! Panas x?? siyes rasa bahang hari nie..tapi still bersyurkur coz kering kain2 yang bersidai...so tak yah keluarkan baju lain dalam almari, boleh pakai baju yang dah kering tuedan tak payah lipat kain. Sah pemalas! mesti korang cakap macam tue kan kan..? tak heran mengata la...boleh i dapat pahala korang..haha!

Okeh berbalik kepada topik asal kita.. tadi aku baru dapat kawan blogger baru..(kawan ker??macam orang tue ngaku jer ) Nickname blogger tue My.. Ni link ke blog dye..

Baca blog best memang best! of tentang dunia zahir batin dia. Dan dan...dia nak pergi vietnam..siap nak belikan hadiah untuk blogger yang join segmen dia tapi kepada yang bertuah okeh!!. So tak salah kalau korang join sambil tambah kenalan, jangan nak tambah duit jer...

So dear kazen n friends jom singgah2 yer... cik snow white & kakak ipar snow white

cik Kay nak Menyemak kat blog korang boleh!!


Assalammualaikum...morning!! hari yer punya aktiviti aku nak pantau blog korang2 semua..Photobucket nak gak baca apa isi blog korang nak tahu gak story moly blogger lain maa..mana tahu boleh memanjangkan isi komen korang.. suke2 jer..macam la blog sendiri bagus sangat.. okeh2!!sowi..
So apa kata korang tinggalkan jejak korang kat chat box atau komen bawah nie..nak follow maa... tapi bukan sekadar follow tak tahu story korang ek..tolong cikitt....

Tapi apa2 pun tak kisah la bila pon korang ada masa just letak jea link korang..bukan hari ini jer..esok2 pon boleh itu pon kalau korang sudi bagi..Photobucketchaiyok!!blogger2 sekalian... berharap nie!
Jangan like jer tak tinggalkan link..

Wednesday, April 27, 2011

Test Kereta!!! (^_^)

Tempat : Komuniti Dinamik
Masa : 8 pagi

Semua calon sudah berdebar menanti pengawai untuk diuji. Suasana still riuh coz masing berborak untuk melepaskan ketegangan dalam kepala dan hati. Mana tak yea hujan lebat merisaukan kemahiran masing2.yang pernah belajar dalam hujan dan pelbagai cerita tentang pengawai penguji, ada kata ini baik sikit boleh relax jer misai je macam, ada pulak ini nampak muda maybe tak tegas sangat kot dan ada juga yang macam sure banyak calon fail coz tengok muka pon dah tahu. Tak lama kemudian seorang pengawai bersuara :
: Okeh! Memandangkan hari ini hujan tak kan kita nak tangguhkan ujian kita. Nanti time korang semua ada lesen sure2 kalau pergi dating,hujan pon korang sanggup redahkan ,mana yang bekerja nak bawa kereta tak kan, tak nak pergi kerja kalau hari hujan kan..

Tiada suara gelak yang kedengaran hanya senyuman menjadi sahutan kepada kata2 pengawai tadi..masing2 memang tengah nervous..aku hanya mampu..
: Okeh! semua boleh bergerak ke kawasan ujian bukit dahulu..nanti semua calon bermula dengan bukit kemudian terus ke side parking dan 3 penjuru.

Semua calon bergerak dan seorang demi seorang diuji..giliran aku yang paling ke 5 last,bertambah mana tak yea tengok calon yang gagal itu yang payah kalau jadi orang last2 nie..

Sampai giliran aku..cikgu wish good luck jangan nervous2. Masuk jea kereta aku cuba tenangkan diri.. selawat banyak2 dalam hati moga2 semuanya lancar. Radio yang dipasang aku buka kuat sikit bagi hilangkan takut. Bunyi jea wisel aku memulakan pemanduan..
yes!! bukit lepas.. yes!! side parking pon lepas.. sekarang 3 penjuru lak... dengan berhati2 aku memandu... Alhamdulillah..Yes!! lepas..

Ujian seterusnya adalah jalan raya seperti anda yang pernah ambil lesen sedia maklum mesti tahu kalau belajar jalan raya mesti ada dua jalankan iaitu A & B. Jalan B aku fail..memang tak ingat langsung coz jarang dapat belajar kat jalan tue alasannya hari isnin dan khamis jalan itu ada pasar, aku lak selalu belajar pada hari berkenaan.. tambah2 buat aku takut ada calon dah fail coz lupa jalan huru-hara aku cari cikgu untuk ingatkan aku jalan yang hanya aku lalu dua kali jer.. haaaaa!!!!
: Calon 25 masuk! dalam hati hanya mampu 'Ya Allah permudahkan urusan hambaMu'.. tengok muka pengawai itu pon aku dah bayangkan.. .

Okeh mulakan permanduan dengan selamat macam mana pon muka dia tetap manusia juga.. Chaiyok!!!!

Korang tahu apa pengakhiran yer... FAIL!!!! gara2 tak tukar gear 3 semasa dalam kawasan perumahan..aku guna gear 2 jer.... sedih pegawai tue bawak kereta balik...

Aku tak nak amik lesen kereta lagi!!! xnak2!!!







Tuesday, April 26, 2011

Penyesalan Tak ada kemaafan

Semuanya bermula disini..tak kan pernah saya dapat lupakannya walaupun ia menyakitkan ia tetap dah tertulis dalam chapter hidup ini..

Awak ingat lagi tak masa mula2 kita jumpa ketika itu sedang borak2 dengan roomate saya. Korang satu jurusan masa itu awak temankan roomate saya tunggu bus untuk balik asrama. Kita jumpa tapi tak bertegur pon sebab saya nak kejar naik bus untuk balik cepat.

Hanya senyuman menjadi salam perkenalan kita masa itu..selang beberapa minggu selepas itu kita berjumpa di library masa itulah kita mula berborak dan tukar no phone..

Malam itu awak call saya..macam2 kita borakkan..sejak dari malam itu tiap2 malam awak call saya..selang beberapa minggu selepas itu kita couple..

Saya ingat lagi macam2 awak cerita mengenai ex couple awak..sejak awk putus dengannya awak tak percayakan lagi hubungan yang series tapi bila awak kenal saya..awak kata semuanya akan berubah..

Kita masih sama2 belajar jadi keutamaan kita mesti pada pelajaran hanya call dan sms menjadi perhubung kita. Kalau kita jumpa pon sekadar di library itu pun sekejap, adakalanya pernah juga kita makan sama2..

Pernah sekali saya berjumpa dengan kawan2 awak..mereka cakap mudah2an bila awak dengan saya awak akan jadi lebih baik, saya hanya tersenyum jea..

Awak ingat lagi tak besday awak yang ke 21..hari itu awak terharu sangat2 saya buat kejutan sambut besday awak di KFC masa itu semua saya tanggung..awk sangat2 tak sangka saya akan buat macam itu..itu bukti saya sayangkan awak walaupun siapa awak pada masa silam awak..saya terima apa adanya..bagi saya semua orang boleh berubah..

Awak cakap itulah besday awk paling teristimewa dalam hidup awak...saya hanya doakan apa yang terbaik untuk awak..

Tapi...selang beberapa bulan awak mula berubah..awak cakap dekat saya awak nak berhenti belajar kerana awak dah tak minat belajar dan family awak ada masalah..saya hanya mampu diam bila dengar awak cakap macam itu..masa itu hati saya memang tak keruan.

Awak cakap dengan saya keputusan itu yang terbaik untuk awak dan awak tak kan pernah berubah hati terhadap saya.. Saya cuba nasihatkan awak, sayang sangat2 kalau awak berhenti separuh jalan..awak tak nak dengar.

Saya terima keputusan awak..saya memang tak kisah hubungan jarak jauh tapi saya risaukan masa depan awak.

Awak balik kampung tinggalkan saya..saya teruskan kehidupan saya tanpa awak ada sekeliling saya..tapi kenapa? selang beberapa hari awak balik..awk mula berubah saya call awak tak angkat..sms saya pun awak dah mula tak reply awak. Alasan awak bagi sibuk tolong ayah awak uruskan kebun. Mula2 saya terima tapi lama2 saya rasakan ada sesuatu..

Satu malam saya call awak untuk tanya apa sebenarnya berlaku..selepas saya desak tanya awak, baru awak cakap dekat saya awak kena tangkap khalwat dengan perempuan yang awak ceritakan pada saya kawan baik awak dari sekolah rendah. Masa itu saya tetap tenangkan diri dengar satu2 penjelasan awak..awak cakap awak berdua dekat tepi pandai untuk tenangkan dia lepas putus dengan boy dia.

Awak minta saya jangan berhubung dengan awak untuk beberapa ketika coz awak nak selesaikan perkara itu. Tapi saya tak faham kenapa saya perlukan diamkan diri sedangkan saya mesti nak tahu perkembangannya..

Sejak detik itu hati saya mula terdetik ada yang tak kena...kawan2 saya semua cakap awak dah tipu saya..awak mesti dah ada orang lain dekat sana tapi saya tetap tak percaya saya hanya akan percaya kalau itu pengakuan datang dari awak sendiri..

Hari saya call dan sms awak untuk tanya khabar awak..sampai satu masa seorang perempuan angkat call awak. Saya tanya siapa dia? dia jawab dia awek awak. Saya tanya lagi berapa lama dah? dia jawab dah enam bulan..saya terdiam..masa itu saya teringat selepas 2 minggu saya sambut besday awak..awak dah.....

Malam itu awak call saya balik tanya apa yang saya borak dengan perempuan siang tadi..coz perempuan itu merajuk dengan awak..tak nak angkat call awak.. Masa itu hati saya hancur awak tak rasa kesal langsung dengan apa yang awak dah buat dekat saya..

Saya ingat lagi awak maki saya.. "wei perempuan gila @#$%^&* apa kau cakap dengan awek aku siang tadi! " saya marah sangat masa itu..awak maki saya..awak buat perkara yang saya paling tak dapat maafkan..

Sejak itu saya buang semuanya..tak akan ada lagi sejarah awak..selang dua bulan awak cari saya..awak minta maaf sangat2 atas apa awak buat terhadap saya..tapi saya memang tak akan maafkan awk..sungguh banyak penipuan awak buat. Semua yang awak katakan pada saya sebelum ini cerita yang awak bagitahu kena tangkap khalwat semuanya tipu. Awak mengaku untuk putus dengan saya awak reka cerita macam itu. Awak cakap lagi awek awak itu dah tinggalkan awak kerana nak ikut lelaki kaya..

Saya hanya ucap tahniah! bagi saya penyesalan awak tak bererti apa2..apa pun yang awak bagitahu saya..semuanya tipu bagi saya..

Salahkan saya untuk memadam semua tentang awak....???berhenti memohon maaf kerana kemaafan itu tak akan ada...


Monday, April 25, 2011

Epy Puan Emak Day!!! May 8th

Terima kasih Tuhan kerana anugerahkan aku ibu yang tiada tandingannya dimuka bumi milik-Mu ini.
Korang tahu ingat ke tak hari ini hari ibu?? atau korang memang tak tahu langsung?? baik jawab jujur cepat!! . Kepada puan2 emak diluar sana saya memohon maaf bagi pihak anak2 yang tak ingat akan hari yang teramat bermakna ini..mohon maafkan mereka.. dan kepada anak2 baik ang pi jumpa mak korang wish epy mother day dan mohon ampun..korang ingat time raya je ke kena mintak maaf..haa!! . Ok berbalik pada hari ini of coz la hari ini special sikit, aku kemas rumah se'maximum mungkin memandangkan aku belum bekerja untuk hadiahkan apa2 kat puan emak. Nak masak pun aku tak tahu nak masak apa?http://www.smileycodes.info coz awal2 puan emak sebelum keluar pesan masak nasi jea. Aku baru ingat nak buat dapur itu macam aku punya yelah ingat nak masak lain sikit la tapi tak kesampaian. Aku pun blur http://www.smileycodes.infobuka peti sejuk tak tahu nak buat masak apa. hurmm...http://www.smileycodes.infoingat nak buat kek coklat kukus yang baru aku belajar 2 hari lepas tapi semalam kek tu dah terhidang kat atas meja. Mak long ada bagi Puan emak bawa balik umah sikit..http://www.smileycodes.info adoiiii... so dengan hanya tulis blog ini jelah aku akan sampaikan apa yang aku nak cakap pada puan emak hari ini coz aku tak kan dapat lafazkan pada puan emak..http://www.smileycodes.info
Selamat pagi mak!! You are the best! Tak akan ada insan yang terpenting dekat dunia ini melainkan emak. Emak yang melahirkan, mendidik dan melayan sikap nakal k.yul dari kecik sampai besar. Selalu jaga k.yul time sakit..masuk keluar hospital sampai dah bsar k.yul jauh masuk hospital mak nak datang teman tapi kak yul tak bagi sebab tak sampai hati nak tengok mak tidur kat kerusi hospital nanti mak sakit semua nangis. Masakan mak yang paling terbaik didunia tak ada siapa boleh lawan kak yul pandai masak sekarang pun kerana mak. Emak memang cukup sabar, kak yul nak sangat2 jadi penyabar macam mak. Insan yang tak akan berhenti berdoa untuk anak2nya walaupun kita orang selalu buat emak pening tapi emak tak berhenti fikir untuk jadikan kita orang anak yang berguna dunia akhirat.Hanya Allah dapat beri semua yang emak mahukan itu kak yul selalu doa tiap kali lepas solat even luaran kak yul macam tak kisah tapi itulah yang tersimpan dalam hati anak emak yang dengil ini.
Setiap memori dengan puan emak aku dalam hidup ini..walaupun rasa pahit coklat yang begitu aku suka pon tak akan dapat setanding pahit manis melihat raut wajah insan bergelar puan emak yang akan sentiasa buat aku bahagia didunia dan syurga itukan bawah tapak kaki ibu.

Mum this is for you in my heart for everything!!