Blogger templates

Photobucket

Thursday, February 24, 2011

Terserah

Jangan pernah hadir dalam hidup ini
Sudah jelas semua ini yang kau mahu
Kau sakiti hati ini untuk sekian kali
Jika kau masih keliru
Jika kau masih belum pasti
Dimana erti sebuah kesetiaan 
Bila hanya dalam kata-kata
Aku cuba untuk bertahan
Tapi aku tak sanggup
Terserah kali 
Sungguh aku tak akan peduli
Biarkanlah aku sendiri
Tanpa banyang-bayangmu lagi..
Aku tak sanggup jalani cinta dengan mu lagi
Biarlah semuanya terserah...

Tuesday, February 22, 2011

Sakitinya Adalah Terbaek

Adakalanya tak salah kita menyakiti hati seseorang itu
Sebelum dia lebih mengharap
Sebelum kita lebih menyakiti dia lebih parah..
Kita selalu berfikir untuk menjaga hati seseorang itu
Sampai kita tak sedar sebenarnya ia yang lebih menyakitkan
Memberi harapan tinggi pada seseorang
Membuatkan dia lebih ke awang-awangan
Bukankah ia lebih sakit apabila ia jatuh kelak..
Seumpama mempermainkan perasaannya..
Terlalu menjaga hatinya 
Sampai kita menafikan kebenaran sebenar
Pernah tak kita terfikir
Biar dia sakit sekarang 
Ia akan pulih
Sebelum dia berada tinggi
Akirnya akan jatuh lebih dalam
Dan meninggalkan parut lebih dalam
Kita sering merasakan melupakan jalan terbaik
Tapi sebenarnya tidak
Kemaafan adalah langkah pertama
bagi menyembuhkan segalanya..

Monday, February 21, 2011

Roh Menangis

Dalam sejenak adakalanya kita terasa ingin menangis 
Tapi kita tak tahu mengapa dan sebab apa?
Akal masih keliru..
Ketika itu setan mula berbisik..untuk menyesatkan 
"Mesti ada perkara buruk nak jadi"
Itulah yang sering kita ungkapkan
Tanpa kita tahu sebenarnya roh kita mahukan makanannya..
Mahu diberi suntikan semangat...
Makan dan suntikan itu adalah Al-Quran..
Kitab yang sering menjadikan manusia sentiasa tenang dalam hidup..
Ku sedari hanyalah pada diri Mu
Yang ku dambakan selalu
Setegar mana diri kita..
Sebesar mana kita di mata dunia..
Sesenang mana kita di dunia..
Tak akan mampu hilangkan tangisan roh kita..
Melainkan Al-Quran dan sujud padaNYA...

Sunday, February 20, 2011

Madu Songsang

Pagi tadi aku agak kelam kabut dek mengejar nak pergi kelas memandu hari ini. Dalam pada aku tengah kelam kabut nie telinga aku sempat menangkap berita yang menyiarkan tentang madu songsang..

Balik dari kelas jer tengah duduk lepak2 teringat pasal berita pagi tadi terus on lappy cari la fakta berita pagi tadi.. Tak ada ayat aku dapat sebut la...nak kata teruk memang teruk la..nak kata tak berakal aku rasa Tuhan dah bagi akal yang cukup waras pada mereka nie.


Ini link berita penuh My Metro Ahad website

Subhana Allah memang dah akhir zaman...kalau dah mula ada hubungan songsang nie. Yang tak boleh terima dye boleh kata 'TAWAR HATI' dengan layanan wanita,pondan gak dye cakap reti layan dan pandai mengambil hati. Terlebih pandai yer! Pandai bagi dye dosa lagi ada....

Isteri dah baik2 bagi bermadu, dah la kawen senyap2 isteri boleh terima lagi siap tolong support 'bini no 2' tue...boleh pilih pondan..punya banyak wanita cantik kat dunia..

Ish terlebih emosi lak..macam aku dah pernah kena lak kan...Uisshh..mintak tak la..tapi aku memang geram s bab laki macam nie..lagi kalau wife dyeorang memang baik...

Balik la ke pangkal jalan...jangan nak fikir seronok,senang hati kat dunia jelah...

Wednesday, February 16, 2011

Impian Menangis Tanpa Henti

Ingin sekali aku menjadi gadis seperti didalam balang kaca
Tidak mudah dimiliki oleh cinta yang tidak utuh
Tidak mudah disentuh
Sentiasa tunduk agar tidak angkuh dengan anugerahNYA
Sentiasa mengalirkan tangisan keinsafan
Teguh iman dan hatinya 
Tidak mudah alpa dek dunia yang semakin dianggap kekal
Jejak kakinya sentiasa mengingatkan dia akan barzah..hari perhitungan..
Hatinya yang menyintai yang SATU
Insan yang memilikinya hanya menyintai imannya
Hanya ingin menjamah keredhaan yang Maha Penyayang
Subhana Allah..aku menyintainya..menyayangi kerana ENGKAU
Iman ini sering digugat dek syaitan yang menghancurkan
Bukan ini cinta yang sering aku dambakan dalam doaku
Bukan cinta yang menghumban aku ke neraka..
Tangisan ini tak henti minta dilepaskan..
Sesungguhnya setiap pemberianMu pasti disertakan dugaan..
Kini Engkau perkenankan doaku 
Rintihan aku agar tidak jauh dariMu
Namun aku masih tamak meminta
Hentikan kemarahan hati yang kian lama ini..
Tangisan aku tak memadai untuknya..

Suatu Petang Yang Menganas

Jam dinding menunjuk pukul 4.15 ptg,matahari masih membahangkan sinarannya dipetang hari namun masih ada anak-anak jiran sebelah yang bermain basikal dilaman rumah kampung yang dikeliling pelbagai jenis tumbuhan hijau.

Aku masih dihadapan lappy tersayang,jari semakin ligat menekan keypad untuk membalas chating di facebook dengan kazen yang turut mengilai hobi seperti aku (mengadap lappy jer). Adik bongsu yang sedang asyik menikmati tidur petangnya..mengumpul tenaga untuk aktiviti yang akan buat aku menjerit selalu. Budak-budak umor 6 tahun kalau sehari tak buat akak dia ni sakit tekak memang tak sah!
                                                                                                                                              
"Nuruuuulllllll tengok ada biawak kat remban ayam!!!!" jeritan nenek dalam linkungan 70 an masih bertenaga memanggil aku. Terperanjat aku bila nenek dah jerit macam tue memangil dengan sepantasnya aku turun tanpa melihat langkah sampai hampir tersandung aku dek seluar rama-rama yang labuh aku pakai hari ini.

Turun jea aku dah dengar suara nenek dekat luar..apalagi lagi capai tudung terus sarung selipar keluar dapatkan nenek. Melihat kelibat aku nenek memberi arahan seterusnya "Amik batang besi dekat belakang pintu bilik nenek"

Aku yang macam cucu yang baik mengikut tanpa banyak soal macam blur pon ada. Dah capai batang besi bagi kat nenek, nenek hulur kat aku batang paip panjang yang boleh dihayun. "Mana biawak yer nek?" dengan mata melilau melihat sekeliling.

"Ada dalam reban ayam nie,nenek nak masuk. Jaga luar." Nenek terus melangkah masuk. Sekali nenek menjolok batang besi bawah reban ayam bertelur melenting biawak tue keluar. Dup Dap dup dap dah jatung aku time tue...giler besar. Kalau aku dalam reban tadi confirm aku cabut , biawak besar macam tue lagi ganas.

"Nurul tolong pukul dari luar biar dia ke tengah" Arahan yang mematikan lamunan aku. Apalagi aku tengok nenek aku yang dah berusia macam tue berani,aku pun menyebat la dari luar. Huuuiissshhh..aksi yang cukup ganas..biawak tue boleh melawan. Time tue hati aku dah risaukan nenek kat dalam mahu tak yer..biawak tue dah buat bunyi menderum. Aku takut makin ganas..tapi nenek masih berani memukul bile biawak tue ke tepi redan untuk keluar dari sangkar aku melibas sekuat tenaga.

Sampai akhir yer biawak tue lemah..nenek pulak amik port teruskan tindakan yang sepatutnya. Kuat juga aku tengok nenek aku pukul biawak tue,dah la kulit biawak tue tebal. Tapi memang liat la biawak ni nak mati,akhirnya nenek aku baca ayat nie. Aku tak tahu nk tulis arabnya macam mana aku bagi makna jer.. "Setiap yang bernyawa pasti akan mati"..

Biawak tue mati aku rasa serba salah lak..tapi nenek perasan tengok muka aku lain nenek pon cakap la.. "Kau curi telur ayam,kau makan telur ayam,makan anak2 ayam aku!" nenek bermonolog dengan bangkai biawak tue.. Aku pon rasa lega betul juga bukan aku pukul atau sesak saje2. Biawak tue yang masuk reban ayam makan telur ayam siapa suruh..

Inilah biawak yang menganas dekat reban ayam td!!


p/s : Dah telur ayam dan anak ayam tue makan biawak memanglah dia masuk reban..

Zack Zukhari Dah Kembali!!

Dah macam iklan Naruto kat tv tv3 lak...ahak! Tak kisah la..entry kali ni aku nk sebarkan kan sikit pasal sorang brader nie. Aku memang suka baca entry kat blog dia coz spontan jea smua bahasa nye.

Aku mula berjinak-jinak,bertatih kenal dunia blog nie pon dari dia. Dia bagi idea untuk budak diam,pendiam,penyepi dan tak tahu meluahkan kata melalui percakapan macam aku nie untuk adakan blog sendiri.

Aku memang tak boleh jadi spontan seperti dia walau macam mana pon pompuan wat blog tak kan nak guna perkataan yang terlalu hampeh..

Tapi apa pun korang kalo baca blog dia confirm terasa macam masuk dunia dia la...seronok giler!! Kepada blogger2 baru boleh try singgah-singgah blog dia...WAJIB SINGGAH!!!

Ini aku bagi link dye!!!

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum...entry kali ni ringkas jer..meh ramai2 ikut aktiviti maulidur rasul...paling kurang korang muhasabah diri tengok rancangan kat tv pon ok...

Banyak2 bersalawat atas junjungan besar Nabi kita...

Monday, February 14, 2011

Valentime..kalo salah eja pon xper..

Assalammualaikum..banyak betul program ilmiah dan program lain yang mengingatkan perihal hari kekasih nie.


Bila di imbas kembali zaman sekolah aku hari kekasih nie memang hari keuntungan bagi kelab pusat sumber aka perpustakaan lah..


Mana tak yea time nie laa boleh buat duit...mata duit betul ahli jawatan kuasa pusat sumber..(jangan simpan dalam hati k!)


Mau tak yer time2 nie la kreative mereka yang mata duitan nie membuak-buak..jual bunga ros hidup la,jual coklat la..konon jual hempe la bagi nampak mahal n special la konon untuk bagi kapel2 sekolah nie.


Time sekolah rindah cikgu2 ingatkan la juga pada budak2 yang xberapa mantang lagi akal yer nie..dengan ayat "hari keasih nie bukan semestinya bagi pasangan bercinta korang kecik2 agi jangan nak suka2 nie..bagi kawan2 tak per atau bagi cikgu ker tak pon bagi mak ayah kat umah"


Aku nie pon kecik mana la tahu..tahu dye jual coklat jer aku beli laa. Coklat dye bukan biasa2 punya maa...cantik yer balut siap bereben bagai..time tue beli la dua nak bagi mak ayah kat umah. 


Sampai waktu rehat tak tahan aku tengok coklat balut cantik yer kan..nak try la rasa sikit satu..last2 habis satu bungkus. Dah tinggal satu nak bagi mak dan abah of coz nak kena bagi dua kan..duit pon tak cukup.


Balik jer umah bagi la kat mak siap pesan kat mak "Ni kongsi2 dengan abah tau" sungguh bertuah punya anak kan..


Time sekolah menengah dah berakal la cikit kan time tue dah tahu la babab cinta2 monyet nie.. Time tue bab mata duitan cari duit kelab pusat sumber gak..memang aku pikir budak pusat sumber nak kaya laa..tapi aku tengok pusat sumber macam tue je gak..tak ada jadi pusat sumber lima bintang ker...tapi akhir tahun dyeorang paling meriah la sambutan jamuan akhir tahun. Makan kepsi time zaman aku dulu kepsi macam nampak budak kaya2 jer boleh makan..


Kat mana tadi..oh ha! citer pasal valentime time sek menengahkan..masa aku form 1 still bagi kawan2 lagi. Time tue aku boleh dikatakan anti gak dengan boy nie tak tahu kenapa memang sejak aku sekolah rendah aku tak suke laki bajet bagus nie. Benarnya ada kisah yer..time aku darjah dua aku pernah kena buli dengan sorang budak laki nie badan dye besar nama dye haziq. Tengok sampai sekarang aku ingat nama mamat giant nie..aku panggil dia giant(dalam hati jer) Dye buat nangis...time tue ada kawan aku yang tahu aku ada abang kat sekolah tue panggil la abg aku. Sebagai abang yang melindungi adiknya bawak la geng2 dye datang marah si giant nie. Sejak dari hari tue giant jadi body guard aku..dan sejak hari tue aku jadi garang dengan budak2 laki.


Lari jauh nie..story balik bab sek. menengah tadi...aku start terima bunga dan coklat dari budak laki masa aku tingkatan 3, time tue blur gak aku siapa la yang nak bagi aku hadian2 nie. Rupa yer budak dari kelas lain yang duduk usha aku dari bile entah. Time tue hadiah orang bagi aku makan jelah time tue tak tahu lagi siapa. Keesokan harinya girl yang jadi penyampai hadiah2 tue kantoikan sendiri kat aku. 


Girl  : "Akak tahu tak siapa bagi hadiah tue kat akak?"
Aku : "Entah akak tak tahu tak ada tulis nama pengirim kan"
Girl  : " Hadiah tue abang angkat saya bagi,nama dia Yusran"
Aku : Dengan selamba "oh ye ker"
Girl  : "Akak kenal x yang mana orang yer?"
Aku : "Tak"


Girl tue pon tunjuk kat aku mamat yang duduk kat tangga blok sebelah yang memang sengaja duduk kat situ. Aku tengok jer budak tue dye terus bangun pergi tempat lain konon segan laa..


Hari seterusnya aku buat tak tahu jer..sampai satu tahap budak tu boleh kecoh satu tingkatan aku awek dye. Sampai budak2 kelas aku tanya.. Memang siaplah habis waktu sekolah jumpa mamat tue sound direct jer.."hadiah terima kasih tapi sejak bile kapel ek"


Esok2 yer terus tak dengar citer dah..rasa berdosa lak aku sekarang.
aku pon. Tapi masa berlalu time tue aku memang jenis kawan2 dengan laki ok fine tapi bila dah masuk bab2 nk kapel2 nie.. Start dye cakap suka jer terus tak kawan la sampai dye tak ada suka tue baru ok balik.


Memang zaman sekolah seronok sangat macam2 kenanganlah..susah  dah nk dapat kenangan zaman sekolah bila usia dah meningkat. Tapi sekarang aku dah tak la anti lelaki nie..dah oklah bagi aku bila kita dah bersedia pintu hati akan terbuka untuk insan yang benar ikhlas.


Even sekarang dah ada cik sayang kteorg memang tak celebrate valentime nie..dah tahu hukum,baik buruk yer...agi pon remaja luar sana bijak pandai..mesti dah tahu valentime datang dari mana soooo... 


Disini aku juga nak wara2 kan pada muslim2 diluar sana tak perlu laa nak terlalu mengikut kemodenan sampai ikut sambut mazahab kristian. Yang menyambut hari kematian paderi bernama Valentino.


Dunia dah akhir zaman semaju mana pon kita semua itu perlu kita jawab dengan yang menciptakan kita.. Dalam pada ni juga aku semakin muhasabah diri.. Cintailah insan keliling kita kerana Allah SWT sesungguh semua ini pemberiannya..

Marilah kita sama muhabah diri yer...esok hari bahagia untuk semua umat islam seluru dunia tahu tak apa?? Maulidur Rasul..sambutlah ia sesempurna mungkinnya sahabat2 muslimku...

Semoga kita sentiasa menjadi umat yang terbaik... 

Sunday, February 13, 2011

Selena Vs Jenifer Lopez...Penyanyi Amerika/mexico mati Ditembak


Tetiba lak pagi ini bila aku dengar lagu Selena nie teringat kat J Lo & al kisah disebalik citer mereka ini...
Aku rasa J Lo korang kenal lagi la kan...tapi Selena ramai tak kenal kot...kot laa...

Selena atau nama panjang dye Selena Quintanilla Perez lahir pada 16 April 1971 merupakan warga Mexican American berkerjaya sebagai penyanyi yang amat popular pada zaman itu..

Lagu dye smua best2 dan dye juga merupakan penyanyi didik kan ayah dye sendiri..dan ahli kumpulan dye jugak merupakan adik-beradik dye sendiri..


Mana yang penyanyi latar,pemain drum malah gitar pon smua adik-beradik dye...dyeorang nie memang background family semua penghiburlah..

Selena merupakan yang bongsu dalam keluarga dan dilatih untuk lincah diatas pentas sejak kecil agi..so dye nie kalo buat persembahan siap dengan menari sekali laa..tarian dye direka sendiri oleh beliau..

KISAH TRAGIS BERMULA...pada awal tahun 1995 salah seorang ahli syarikat yang bernama Yoland yang juga merupakan president Fan Club Selena telah mengelapkan wang dari Fan Club Selena dalam jumlah yang agak besar.Selena dan ahli lain telah memecat Yoland tanpa melaporkan beliau pada pihak polis.

Selepas tiga minggu kejadian tersebut Selena telah dihubungi oleh Yoland untuk bertemu di Hotel Day In di Corpus Chisti pada pagi 31 March 1995 untuk menerima dokumen kewangan. Selena mendapati masih ada dokumen yang hilang tapi Yoland menafikannya dan menceriakan dye telah dirogol semasa di Mexico.

Selena membawanya ke Hospital untuk mendapatkan bukti mengenai hal tersebut dari doktor dan doktor mengesahkan tiada kejadian rogol yang menimpa Yoland.. Mereka kembali ke Hotel dan Selena meminta Yoland dokumen yang hilang itu agi.

" YOU CAN'T BE TRUSTED ANYMORE" Selena berkata pada Yoland. 11.45 pagi...Yoland telah melepaskan tembakan ke arah Selena dan terkena pada bahunya. Selena cuba melarikan bilik menuju ke ruangan utama Hotel. Pekerja Hotel yang melihat keadaan Selena segera menghubungi 911 apabila Selena jatuh rembah di lobby Hotel.

Selena telah dibawa ke Hospital dan meninggal dunia pada jam 1.05 ptg akibat kehilangan banyak darah dan terputus akteri bahu kanannya.10 jam kemudian Yoland telah menyerah diri pada pihak polis. Berita Selena ditembak menyebabkan ribuan peminatnya berkumpul di Hospital,ada yang menangis dan berdoa..

Kematiannya membawa kehilang besar bagi peminatnya..selang dua minggu kematian merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke 24. Pada hari ulang tahunnya ribuan peminat telah ke kuburnya menberi bunga sebagai tanpa ingatan dan penghormatan

Mesti korang tak paham apa kaitannya dengan J Lo kan kan kan? J Lo telah memainkan watak Selena dalam Movie Selena yang di arahkan oleh Gregory Nava. Tayangan ini mendapat sambutan malah mempopularkan JLo. Dalam movie ini juga suara Selena yang sebenar digunakan dan semua persembahan pentasnya ditayangkan sekali. 

Memang best giler time aku tengok citer ini time tue umur aku 12 13 tahun time tue astro tayangkan citernya..memang lagu dye best jalan citer dye dari dye kecik,remaja,jadi penyanyi terkenal,berkahwin dengan pemain gitur sampai kematiannya..sedih la gak time tue...

So kepada korang tang berminat nk tengok try google cari movie nie memang best..tak pon nt aku dapat link dye aku letak kat blog ni nanti k!! 

Bubye...Wassalam...

Wednesday, February 9, 2011

HAri Pertama Aku di Buli!!

Aaaaaarrgggggghhhhhhhhhhh!!!!!!! geram giler tadi tapi simpan dalam hati jelah...dah nama pon dunia..dah nama pon manusia ni macam2 perangai..dah nama pon aku pon ada perangai aku sendiri kan kan kan!!

Tapi memang tak boleh bla hari pertama keja dah kena buli atas alasan menjaga kepentingan diri masing2! Hahha..tapi hari ini juga aku berhenti..bukan bermakna aku mengalah yer!!

Adakalanya kita perlu berundur dari situasi yang akan memakan diri kita (ayat falsafah apa aku pakai ini??hentam jelah) 

Mudah2an ada rezeki yang lebih baik untuk aku diluar sana rezeki Tuhan ini tiada siapa dapat jangka..adakala datang dari tempat yang tak pernah dicapaian akal..(berterabur ayat aku..kalo cik sayang baca confirm kena toturial bahasa sat ag..lallaa)

samapi sini jer edisi diary hari ini....Good Nite!!! 

Monday, February 7, 2011

At Last!!

Assalammualaikum..sesudah sekian lama aku berada dalam kekacauan jiwa yang melampau..kini aku kembali dengan nekad hatinya kembali bersemangat memikirkan perihal sendiri..


Haru Oooo...korang tak tau macam mana.. Kini aku dalam process amik lesen keta..hehe (seronok giler even risau gak) dan aku juga telah amik keputusan untuk smabung belajar dalam bidang perubatan..giler lari bidang aku ni mana tak yer aku sebelum ni amik kejuruteraan tapi aku nekad tak nak sambung kejuruteraa dah..


So aku lari dalam bidang kejururawatan walaupun aku sudah dikutuk dan diperli oleh kazen2 aku...(hempeh betul yer kazen!!) tapi aku tetap dengan keputusan aku tambahan pulak aku dapat sokongan dari family,mum (my second mum kat arab) dan en. syg...


Huhu..aku tahu apa bidang yang aku masuk memang mencabar tapi sekurang-kurangnya aku rela mengambil risiko nie..so aku mengharapkan doa dari yang lain jugak...





Mudah2an ada rezeki aku dan keputusan aku ini tepat..(siyes dilema agi...hahhaa)

Tuesday, February 1, 2011

Emergency Call

Otak serabut
Jiwa Kacau
Hidup kalut
Hati risau..

Oleh itu... 

Harap maaf...