Blogger templates

Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

Suatu Petang Yang Menganas

Jam dinding menunjuk pukul 4.15 ptg,matahari masih membahangkan sinarannya dipetang hari namun masih ada anak-anak jiran sebelah yang bermain basikal dilaman rumah kampung yang dikeliling pelbagai jenis tumbuhan hijau.

Aku masih dihadapan lappy tersayang,jari semakin ligat menekan keypad untuk membalas chating di facebook dengan kazen yang turut mengilai hobi seperti aku (mengadap lappy jer). Adik bongsu yang sedang asyik menikmati tidur petangnya..mengumpul tenaga untuk aktiviti yang akan buat aku menjerit selalu. Budak-budak umor 6 tahun kalau sehari tak buat akak dia ni sakit tekak memang tak sah!
                                                                                                                                              
"Nuruuuulllllll tengok ada biawak kat remban ayam!!!!" jeritan nenek dalam linkungan 70 an masih bertenaga memanggil aku. Terperanjat aku bila nenek dah jerit macam tue memangil dengan sepantasnya aku turun tanpa melihat langkah sampai hampir tersandung aku dek seluar rama-rama yang labuh aku pakai hari ini.

Turun jea aku dah dengar suara nenek dekat luar..apalagi lagi capai tudung terus sarung selipar keluar dapatkan nenek. Melihat kelibat aku nenek memberi arahan seterusnya "Amik batang besi dekat belakang pintu bilik nenek"

Aku yang macam cucu yang baik mengikut tanpa banyak soal macam blur pon ada. Dah capai batang besi bagi kat nenek, nenek hulur kat aku batang paip panjang yang boleh dihayun. "Mana biawak yer nek?" dengan mata melilau melihat sekeliling.

"Ada dalam reban ayam nie,nenek nak masuk. Jaga luar." Nenek terus melangkah masuk. Sekali nenek menjolok batang besi bawah reban ayam bertelur melenting biawak tue keluar. Dup Dap dup dap dah jatung aku time tue...giler besar. Kalau aku dalam reban tadi confirm aku cabut , biawak besar macam tue lagi ganas.

"Nurul tolong pukul dari luar biar dia ke tengah" Arahan yang mematikan lamunan aku. Apalagi aku tengok nenek aku yang dah berusia macam tue berani,aku pun menyebat la dari luar. Huuuiissshhh..aksi yang cukup ganas..biawak tue boleh melawan. Time tue hati aku dah risaukan nenek kat dalam mahu tak yer..biawak tue dah buat bunyi menderum. Aku takut makin ganas..tapi nenek masih berani memukul bile biawak tue ke tepi redan untuk keluar dari sangkar aku melibas sekuat tenaga.

Sampai akhir yer biawak tue lemah..nenek pulak amik port teruskan tindakan yang sepatutnya. Kuat juga aku tengok nenek aku pukul biawak tue,dah la kulit biawak tue tebal. Tapi memang liat la biawak ni nak mati,akhirnya nenek aku baca ayat nie. Aku tak tahu nk tulis arabnya macam mana aku bagi makna jer.. "Setiap yang bernyawa pasti akan mati"..

Biawak tue mati aku rasa serba salah lak..tapi nenek perasan tengok muka aku lain nenek pon cakap la.. "Kau curi telur ayam,kau makan telur ayam,makan anak2 ayam aku!" nenek bermonolog dengan bangkai biawak tue.. Aku pon rasa lega betul juga bukan aku pukul atau sesak saje2. Biawak tue yang masuk reban ayam makan telur ayam siapa suruh..

Inilah biawak yang menganas dekat reban ayam td!!


p/s : Dah telur ayam dan anak ayam tue makan biawak memanglah dia masuk reban..