Blogger templates

Photobucket

Monday, February 21, 2011

Roh Menangis

Dalam sejenak adakalanya kita terasa ingin menangis 
Tapi kita tak tahu mengapa dan sebab apa?
Akal masih keliru..
Ketika itu setan mula berbisik..untuk menyesatkan 
"Mesti ada perkara buruk nak jadi"
Itulah yang sering kita ungkapkan
Tanpa kita tahu sebenarnya roh kita mahukan makanannya..
Mahu diberi suntikan semangat...
Makan dan suntikan itu adalah Al-Quran..
Kitab yang sering menjadikan manusia sentiasa tenang dalam hidup..
Ku sedari hanyalah pada diri Mu
Yang ku dambakan selalu
Setegar mana diri kita..
Sebesar mana kita di mata dunia..
Sesenang mana kita di dunia..
Tak akan mampu hilangkan tangisan roh kita..
Melainkan Al-Quran dan sujud padaNYA...