Blogger templates

Photobucket

Thursday, November 3, 2011

Imej Manusia Dalam Tumor

Paper utusan hari ini, ada berita mengenai imej manusia dalam tumor ia berlaku di London, imej wajah manusia sering ditemui dalam pelbagai objek dari gunungan di Planet Marikh hingga ke acuan lempeng, tetapi dua saintis dikejutkan dengan penemuan imej itu di tumor yang tumbuh dalam testis pesakit mereka baru-baru ini.

Wajah manusia yang kesakitan itu dengan mulut ternganga ditemui dalam testis imbasan ultrabunyi seorang lelaki berusia 45 tahun yang menderita kerana sakit.

Ini pic pada akhbar Utusan hari ini

Menurut Dr Greg Roberts dan Dr Naji Touma dari Universiti Queen Ontario, imej itu memberi impak yang besar kepada mereka lalu mereka menghantar ke jurnal jabatan Urologi

Jurnal berjudul The Face of Testiscular menerangkan bahawa pekerja2 makmal tersebut hairan dengan kejadian tersebut imej wajah seorang lelaki merenung tajam dengan mulut terlopong seperti sedang menderita kesakitan dalam imbasan ultrabunyi itu.

Namus selepas berbicang dengan lebih mendalam mereka menyimpulkan ia hanyalah sekadar kebetulan bukan tanda2 dewa yang melambangkan kelakian

Imej tersebut yang diterbitkan dalam bentuk jurnal September lalu tersebar selepas ia ditemui akhbar The Chronicle Of Higher Education di Washington

Terbaik tak??? Banyak info aku dapat bila baca akhbar, adakalanya memang bosan jugak kalo banyak sangat politik kan...hehehe..so rajin2 la baca paper!!! komen sikit merepek la ingat dewa apa ntah! yang itu korang jangan percaya yer saudara2 muslim ku..