Blogger templates

Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

Penyesalan Tak ada kemaafan

Semuanya bermula disini..tak kan pernah saya dapat lupakannya walaupun ia menyakitkan ia tetap dah tertulis dalam chapter hidup ini..

Awak ingat lagi tak masa mula2 kita jumpa ketika itu sedang borak2 dengan roomate saya. Korang satu jurusan masa itu awak temankan roomate saya tunggu bus untuk balik asrama. Kita jumpa tapi tak bertegur pon sebab saya nak kejar naik bus untuk balik cepat.

Hanya senyuman menjadi salam perkenalan kita masa itu..selang beberapa minggu selepas itu kita berjumpa di library masa itulah kita mula berborak dan tukar no phone..

Malam itu awak call saya..macam2 kita borakkan..sejak dari malam itu tiap2 malam awak call saya..selang beberapa minggu selepas itu kita couple..

Saya ingat lagi macam2 awak cerita mengenai ex couple awak..sejak awk putus dengannya awak tak percayakan lagi hubungan yang series tapi bila awak kenal saya..awak kata semuanya akan berubah..

Kita masih sama2 belajar jadi keutamaan kita mesti pada pelajaran hanya call dan sms menjadi perhubung kita. Kalau kita jumpa pon sekadar di library itu pun sekejap, adakalanya pernah juga kita makan sama2..

Pernah sekali saya berjumpa dengan kawan2 awak..mereka cakap mudah2an bila awak dengan saya awak akan jadi lebih baik, saya hanya tersenyum jea..

Awak ingat lagi tak besday awak yang ke 21..hari itu awak terharu sangat2 saya buat kejutan sambut besday awak di KFC masa itu semua saya tanggung..awk sangat2 tak sangka saya akan buat macam itu..itu bukti saya sayangkan awak walaupun siapa awak pada masa silam awak..saya terima apa adanya..bagi saya semua orang boleh berubah..

Awak cakap itulah besday awk paling teristimewa dalam hidup awak...saya hanya doakan apa yang terbaik untuk awak..

Tapi...selang beberapa bulan awak mula berubah..awak cakap dekat saya awak nak berhenti belajar kerana awak dah tak minat belajar dan family awak ada masalah..saya hanya mampu diam bila dengar awak cakap macam itu..masa itu hati saya memang tak keruan.

Awak cakap dengan saya keputusan itu yang terbaik untuk awak dan awak tak kan pernah berubah hati terhadap saya.. Saya cuba nasihatkan awak, sayang sangat2 kalau awak berhenti separuh jalan..awak tak nak dengar.

Saya terima keputusan awak..saya memang tak kisah hubungan jarak jauh tapi saya risaukan masa depan awak.

Awak balik kampung tinggalkan saya..saya teruskan kehidupan saya tanpa awak ada sekeliling saya..tapi kenapa? selang beberapa hari awak balik..awk mula berubah saya call awak tak angkat..sms saya pun awak dah mula tak reply awak. Alasan awak bagi sibuk tolong ayah awak uruskan kebun. Mula2 saya terima tapi lama2 saya rasakan ada sesuatu..

Satu malam saya call awak untuk tanya apa sebenarnya berlaku..selepas saya desak tanya awak, baru awak cakap dekat saya awak kena tangkap khalwat dengan perempuan yang awak ceritakan pada saya kawan baik awak dari sekolah rendah. Masa itu saya tetap tenangkan diri dengar satu2 penjelasan awak..awak cakap awak berdua dekat tepi pandai untuk tenangkan dia lepas putus dengan boy dia.

Awak minta saya jangan berhubung dengan awak untuk beberapa ketika coz awak nak selesaikan perkara itu. Tapi saya tak faham kenapa saya perlukan diamkan diri sedangkan saya mesti nak tahu perkembangannya..

Sejak detik itu hati saya mula terdetik ada yang tak kena...kawan2 saya semua cakap awak dah tipu saya..awak mesti dah ada orang lain dekat sana tapi saya tetap tak percaya saya hanya akan percaya kalau itu pengakuan datang dari awak sendiri..

Hari saya call dan sms awak untuk tanya khabar awak..sampai satu masa seorang perempuan angkat call awak. Saya tanya siapa dia? dia jawab dia awek awak. Saya tanya lagi berapa lama dah? dia jawab dah enam bulan..saya terdiam..masa itu saya teringat selepas 2 minggu saya sambut besday awak..awak dah.....

Malam itu awak call saya balik tanya apa yang saya borak dengan perempuan siang tadi..coz perempuan itu merajuk dengan awak..tak nak angkat call awak.. Masa itu hati saya hancur awak tak rasa kesal langsung dengan apa yang awak dah buat dekat saya..

Saya ingat lagi awak maki saya.. "wei perempuan gila @#$%^&* apa kau cakap dengan awek aku siang tadi! " saya marah sangat masa itu..awak maki saya..awak buat perkara yang saya paling tak dapat maafkan..

Sejak itu saya buang semuanya..tak akan ada lagi sejarah awak..selang dua bulan awak cari saya..awak minta maaf sangat2 atas apa awak buat terhadap saya..tapi saya memang tak akan maafkan awk..sungguh banyak penipuan awak buat. Semua yang awak katakan pada saya sebelum ini cerita yang awak bagitahu kena tangkap khalwat semuanya tipu. Awak mengaku untuk putus dengan saya awak reka cerita macam itu. Awak cakap lagi awek awak itu dah tinggalkan awak kerana nak ikut lelaki kaya..

Saya hanya ucap tahniah! bagi saya penyesalan awak tak bererti apa2..apa pun yang awak bagitahu saya..semuanya tipu bagi saya..

Salahkan saya untuk memadam semua tentang awak....???berhenti memohon maaf kerana kemaafan itu tak akan ada...