Blogger templates

Photobucket

Saturday, January 1, 2011

Gadis berubah secantik bidadari sebelum ajal

Assalammualaikum..morning! baru siap mengemas dapur. Macam biasalah pompuan ini kalau tak ada istilah mengemas dalam jadual harian memang tak sah!

Oklah info yang nak share hari ini..agak misteri bunyi tajuk entry kita hari ini. Ini nak cerita..kisah ini aku dapat dari cerita seorang lelaki yang bertugas sebagai tukang mandi mayat peneroka lebih 20 tahun yang menceritakan pengalaman beliau pada wartawan mastika edisi Januari 2011. Beli TAU edisi ini best punya! promote sekali!

Pengalaman beliau begitu mengisafkan aku..nak tahu kenapa?

Cerita 1 :

Sekitar tahun 1990,ketika itu beliau memandikan mayat seorang peneroka bebas special constable (SC) pencen yang berbadan besar. 

Apabila beliau menyelak kaim penutup mayat,beliau mendapati muka arwah senyum.Lalu beliau bertanya kepada jiran2 arwah apa amalan pak cik ini mayatnya senyum!

Jirannya memberitahu semasa hayatnya,arwah kalau balik dari kebun membawa seikat rambutan dia akan memberikan kepada anak jiran2nya sehingga tinggal tangkai. Kadang2 tiada apa yang dibawa untuk anak2 dan isteri. 

Inilah amalan harian arwah..sifat pemurahnya sukar ditandingi sesiapa. Kalau kebetulan hari itu dia membawa kuih muih,dia akan bagi semua anak jirannya merasa sehingga kosong plastik. Rupa-rupanya amalan bekasa SC ini ikhlas.

Cerita 2 :

Sekitar tahun yang sama kejadia mayat senyum juga,biasanya orang akan bersangka buruk terhadap arwah kerana hayatnya bukan kaki ke masjid  dan kehidupannya boleh tahan jugalah..

Selepas sakit kira2 lima tahun,arwah jarang muncul dikhalayak ramai,mengasingkan diri. Dulu kerap minum di kedai,pada hari2 terakhir arwah tidak suka bercampur orang lagi,kalau minum cepat-cepat balik macam ada urusan penting.

Pada malam Khamis arwah nazak dan esoknya anaknya memberitahu bapanya meninggal dunia pukul 5.00 sebelum subuh. Beliau pon menziarahi jenazahnya dan membaca al-Fatihah, apabila beliau melihat muka arwah tersenyum dan matanya tertutup rapat, beliau pelik. 

Selepas tamat menyelesaikan jenazah dan jenazah sudah kebumikan,beliau bertanya kepada anak arwah. Apa amalam yang dilakukan? Anak arwah menjawab sebelum bapanya meninggal,bapanya ada meminta menghantarnya balik ke Kelantan untuk belajar pondok kerana mahu mendalami ilmu agama,belajar mengaji dan menghafaz kitab.

Biarpun niat aarwah tidak kesampaiantapi Allah tetap mencatat pahala untuk niat baiknya.Patutlah arwah jarang muncul di kedai kopi rupa-rupanya arwah sedang mendalami agama,membaca Al-Quran,beribadat kepada Allah SWT.

Cerita 3 :

Kejadian ini betul2 mengisafkan aku dan beliau.Kira-kira 2 tahun lepas beliau memandi jenazah seorang pemuda penagih tegar yang baru keluar pusat serenti.

Beliau tengok kaki,tangan pucat lesi tapi mukanya tersenyum! Lalu beliau bertanya kepada ibu arwah pemuda ini. Kenapa muka anaknya tersenyum?

Emaknya dengan lelehan airmata memberitahu sebelum anaknya meninggal,arwah meminta ampun,cium kaki dan tangan ibunya. Arwah meminta ibunya memeluk dirinya erat2. Arwah bagitahu dia tak lama lagi hendak pergi! Ibunya redha dunia akhirat dan ampunkan segala kesalahan arwah.

Sungguh terharu pemergian arwah dengan keredha seorang ibu dan diatas pangkuan ibunya.

Cerita 4 :

Kali mengisah seorang wanita yang juga seorang isteri kepada seorang peneroka. Sekitar tahun 2000 pukul 9.00 kebetulan beliau sengaja lalu ke rumah kenduri kawen.Berselisih dengan wanita berkenanaan,cantik sungguh wanita ini,kecantikannya sungguh luar biasa seumpama bidadari.

Kira2 pukul 1.00  tengah hari itu beliau diberitahu bahawa, isteri peneroka yang beselisih dengan beliau tadi meninggal dunia. Beliau terperanjat!lalu menemui suami arwah lalu menceritakan tentang kecantikan luar biasa isterinya sebelum meninggal dunia.

Rupa-rupanya bukan beliau seorang menyaksikan kecantikan isteri peneroka,seorang lagi peneroka telah menceritakan hal yang sama. Semasa hayat isterinya seorang yang rajin bergotong-royong,suka bersedekah dan ikhlas kerana Allah SWT.

Cerita 5 :

Petang asar beliau terlihat seorang anak dara begitu cantik,belum pernah beliau melihat anak dara secantik itu,sungguh manis rupanya.

Esoknya beliau diberitahu anak dara cantik itu meninggal dunia selepas subuh. Gadis berusia 20-an itu terjatuh di bilik air akibat tumor otak.

Pagi itu isteri beliau memandikan jenazahnya,sungguh cantik rupanya,mukanya seperti bermekap. Beliau bertanyakan hal tersebut kepada bapa arwah. Menurut bapanya,pagi itu sebelum masuk ke bilik air, arwah memberi kucing kesayangannya makan dan peluk kucingnya itu.

Selepas itu arwah jatuh dan pengsan.Selama ini arwah sangat menyayangi kucingnya itu dan tidak pernah berpisah dari kucing kesayanganya. Bukankah kucing antara haiwan kesayangan  Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang kasihkan kucing akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Itulah cerita tentang entry aku kali ini mudah-mudahan ia dapat menjadi iktibar buat diri aku dan yang lain. Jangan pernah pandang serong pada orang lain dan MERASAKAN DIRI KITA LEBIH BAGUS DARI MEREKA KERANA YANG MENENTUKAN KITA BAGAIMANA DISANA ADALAH ALLAH S.W.T. 

Oklah wassalam... Nak makan lol lapaq ni!!