Blogger templates

Photobucket

Monday, October 25, 2010

Gelap Hati..

Suatu Ketika Dahulu..
Aku pernah tersungkur dalam gaung yang paling dalam dan gelap..
malah kegelapan itu tidak segelapnya hatiku ketika itu..
namun aku dikejutkan dengan kesakitan yang perit sekali..
aku mencari cahaya untuk menyuluh luka itu..
ketika cahaya itu aku temui..
hati ini mengucapkan Allahu Akbar..
air mata yang selama ini aku banjirkan kerna dunia..
kini airmata yang mengalir lebih bermakna..
yang membawa kepada keinsafan,tunduk kepada penciptaku..
airmata ketenangan yg dalam halus menyembuhkan luka perit itu..
Nyanyian aluanan yang selama ini aku tinggalkan kembali menjadi teman
air wuduk yang aku anggap biasa kini menjadi pembersih diri..
aku bangun dalam hikmahnya..
aku melihat dunia yang suatu ketika dulu aku anggap kekal
kini aku melihat ia sebagai hari menuju mahshar..
hati yang gelap kembali mencari cahaya hingga terpisah roh dari jasad
Alhamdulillah...Alhamdulillah...
ketika kegelapan itu memangil lagi..
aku tidak mampu lagi menoleh..
aku mahu tetap dalam ketenangan ini..
walaupun ia akan selalu mengujiku
aku tetap tersenyum kerna aku tahu ujian itu
kasih sayang dariNYA..
agar aku selalu ingat akan DIA
sepertimana DIA tidak pernah melupakan hambanya..