Blogger templates

Photobucket

Thursday, April 2, 2015

Resepi Pavlova

First try buat time pregnant, mengidam sangat time then nak buat sendiri pulak tue alhamdulillah berhasil dan amat sedap now sampai sekarang jadi desert kesukaan yang teramat.

Bahan-bahannya adalah :

  • 4 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula castor / aising
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh aising vanilla
Untuk hiasan :
  • Fresh cream or whip cream
  • Buah-buahan yang masam-masam
Cara membuat :
  1. Asingkan puteh telur, jangan bagi ada kuning pon hanya puteh telur sahaja. Pukul dalam mixer dalam kelajuan tinggi hingga puteh telur tu kembang.
  2. Masukan gula aising / castor sedikit demi sedikit, mixer dalam kelajuan sederhana.
  3. Lepas itu masukan tepung jagung.
  4. Akhir sekali baru aising vanila, pukul semua bahan tadi sampai bertanduk dan berkilat. Sampai bila kita terbalikkan bekas tu, bahan tak jatuh. 
  5. Pastu masukan bahan dalam bekas then bakar pada suhu 170°C dalam masa 45 minit or 1 jam.
Dah siap bakar, kita hias dengan fresh cream dan buah-buahan ikut kreativi sendiri. Kenapa buah masam-masam kita letak? Sebab pavlova ni manis so nak balance kena la ada masam-masam sikit. Ok selamat mencuba!!