Blogger templates

Photobucket

Thursday, April 2, 2015

Kehormatan Harta

Petang tadi tengok cinta ilmu dekat tv Al-Hijrah, Ustaz Harryanto Rizal Rokman mengenai kehormatan harta. Rasanya ramai yang tak sedar atau tak perasaan perkara ni penting sangat dalam ibadah kita. Sama ada yang bekerja atau suri rumah tangga, perkara yang kita nampak remeh or biasa orang rasa 'tak pelah' itulah perkara yang boleh buat kita semakin kurang pahala kita kelak.


Contoh situasi :


  • Ambil barang dari pejabat macam alat tulis or kertas A4, bawa balik rumah untuk kegunaan sendiri atau pun kita bagi anak-anak untuk kegunaan sekolah mereka, tahu tak perbuatan kita ini SALAH!.
Harta yang kita ambil itu harta pejabat kegunaan untuk buat urusan pejabat dah HARAM hukumnya jika kita ambil untuk kegunaan peribadi. Lepas itu ada yang beri anak kita gunakan, tahu tak antara sebab anak kita boleh susah faham ilmu, degil dan nakal antara sebabnya inilah. 
Kita berikan sumber HARAM jadi Tuhan beri kita peringatan dari situ. So hope HENTIKAN ambil barang pejabat ini.

  • Ambil buah jiran tanpa kebenaran atas alasan buah dia ada masuk dalam kawasan rumah kita. So kiranya buah yang halaman kita itu jadi kepunyaan kita.
HARAM hukumnya sebab yang menanam buah itu dan menjaganya bukan kita. Jadi tetap bukan milik kita. Minta la izin tuannya dahulu kalau kita dah teringin sangat nak makan tak kira tuannya ada dimana pon. Melainkan kita pasti tuannya memang dah tak ada, warisnya pon tak ada, ok fine kita boleh ambil.

Itu antara situasi yang sering berlaku, nak bagi banyak2 pon rasanya situasi diatas ini pun dah complete kot untuk difahami.

' Sesungguhnya  beruntung orang yang telah berserah diri, diberi kecukupan rezeki dan diberi sifat qana'ah terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya'. [HR Muslim]

Sekarang mana yang kita boleh pulangkan, baik kita pulangkan jangan nanti bila dipadang masyhar nanti pahala kita akan berkurang kerana mengambil harta orang lain. Tuan empunya harta mahu tuntut hartanya maka dipadang masyhar harta yang bernilai adalah amal kebaikan kita pahala kita. Tiket kita masuk syurga, jika dah berkurang..faham2 la ye.

Kita pon tak tahu banyak mana amal ibadah kita nie, so mana yang kita tahu salah dan boleh dibaiki maka baikilah selagi belum terlambat..In sya Allah jadi peringatan untuk diri aku sendiri juga.

Jom tambah ilmu dan perbaiki iman tonton http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/Santapan-Rohani/Cinta-Ilmu.aspx