Blogger templates

Photobucket

Monday, March 12, 2012

Lilo & Miko Glitter!

Assalammualaikum mood pagi yang agak bersemangat juga walaupun monday blues bertahta pada diri.. amat malas..tapi pagi2 aku dah dengar bunyi manja Lilo memanggil so ku gagahkan badan untuk bangun..epy la juga coz dah lama tak dengar bunyi manja. .  A'ah! now lilo dah ada kawan baru  nama dia miko suggies jantan. Aku dan Mr Pelangi nak beli miko nie untuk teman Lilo coz nanti aku tak boleh nak spend time dengan Lilo sangat oleh kerana takut Lilo sunyi  dan Mr Pelangi pon mahu ada sugar glidernya sendiri kteorang pon beli la miko!!  miko ni tak macam lilo,masa mula -mula dapat miko aku kena bagi baju aku pakai untuk dia biasa dengan bau tuan dia, letak je atas sangkar ,sampai ada satu time tue aku terpaksa tidokan miko dalam baju tue,alhamdulillah selepas dua hari lepas dok main je dengan miko, dia pon ok tak ada bunyi crabbing dah..manja jer..dah mahu dengan orang kalau tak sebelum ni jangan kata nak bermanja, bunyi bising siap gigit orang kot .

Sampai sini dulu story pasal Lilo & Miko..sekian..

My Manja Lilo & Miko!!!





Friday, February 24, 2012

Sugar Glider!! My New Friends!!

Assalammualaikum..aku tengah mood excited nak cari sugar glider tak tahu kenapa la!!! Aku memang dah ada kawan hemster name yer mashi dan marro dah punya 6 anak pun semua manja dan aktif!! amat seronok tapi atas sebab tertentu aku kena jual dyeorang..that why aku tukar kawan dengan sugar glider lak..coz dia kecil dan manja gak!! tapi aku masih confused nak cari kat mana la yang murah pets nie..aku nak beli pon satu untuk legakan tekanan hidup ini. Ada masihmaro dan anak2 memang membantu sangat aku leka maen dengan diaorang sampai hilang penat  keja dan tekanan ..
Aku memang suka binatang tapi aku suka binatang kecil2 jer...kucing memang tak berape la..huhu..coz aku tak tahan bila bulu kucing gugur.

Kalo bela binatang kecik2 ni tempat dia senang nak basuh so aku agak rajin la gak..tempat mashi maro dan anak2 dia aku boleh basuh hari2 siap rendam barang2 diaorang dengan dettol lagi tau.. nak pasti kebersihan dan keselesaan diaorang dan  dan dan  (banyak dan tue ) ada time aku lap bulu diaorang dengan air dettol..rajin tak saya!!!hahaha..

Now ni pic kawan baru yang aku aku cari nie!!! untuk ganti mashi maro dan anak2 dia bila mereka dah xada nanti.. (benar yae aku hanya boleh bela satu kenis binatang je satu masa.....)


p/s : aku pun tak tahu bila la boleh beli..nak cari kat johor agak2 en abah rajin nak layan saya tak.........

Wednesday, February 8, 2012

Nurkilan Hati

Cinta yang depan mata sering kita berharap ia akan kekal
Sedangkan ia tak pernah kekal
Cinta yang tidak kelihatan pula kita tak pernah cuba merasainya..
Sedangkan cinta itulah yang hakiki

Maafkanlah bila hati ini tidak sempurna mencintaimu
Tapi aku masih mengharapkan Engkau yang teratas..
Paling aku dambakan kerinduan yang mensyahdukan roh ini
Segala ini milikmu..dan aku mahu menjadi milikmu yang terindah

Jika ditanyakan pada dunia adakah aku hiasan terindah
Pasti ia menjawab bagaimana akhlakmu?
Jika ditanyakan pada langit adakah aku suci
Pasti ia menjawab bagaimana ibadah yang kamu kerjakan?

Aku sering mencari cahaya itu..
Cahaya pertama aku lihat ketika roh ini bersatu dengan jasad..
Aku ingin kembali sebersih kain hamparan putih itu..
Andai masa memanggilku aku ingin kembali dengan cahaya terang

Tiap tangisan aku..aku sujud pada Mu..
Tiada duka yang kekal didunia ini
Aku percaya akan takdir Mu
Waktu tak kan pernah berhenti..

Meleraikan apa yang ada pada takdir
Menjadikan aku semakin melihat hikmah Mu..
Andai aku bisa mengulang waktu yang terbuang..
Akan aku baiki segala yang terjadi..

Hanya keampunan Mu yang aku harapkan kini...

Nurkilan Hati Hamba Mu...


Thursday, January 26, 2012

Geram Tahap 'Angry Bird'


Assalamualaikum..dah lama rasanya aku tak berceloteh pasal life sendiri balik2 asyik upload video & tukar lagu jer..huhu Mana tak yea sibuk pasal hal duniawi semata sedangkan sementara jer semua tue..

Aaaaaaaaa...siyes aku dah banyak kali nak cari tempat yang aku boleh jerit kuat2 tapi tak ada orang boleh dengar, hari ini rasa naktelan orang je, kerja berminggu-minggu dye boleh hilangkan dengan satu button klik 'OK' jer..pastu nak aku taip balik semuanya disebabkan kecuaian dia...

Bukan merungut tapi aku tak suka kot buat kerja yang sama tambahan lak kerja tue kita boleh percepatkan ini tidak!!!!! Memang menguji kesabaran aku betul! Tapi dalam hati ini menahan rasa membuak-buak kegeraman terhadap dia..jadi aku mengambil keputusan menulis pada diary aku tak dah lama aku lepaskan rasa dihati ini...

"Ya Allah kuatkan iman dan kesabaran hambamu ni " aku pon manusia biasa, perlukan tempat untuk meluahkan perasaan tapi sememangnya hanya Tuhan menjadi keutamaan aku bila rasa nak mengadu..dalam hati ini memang cepat punya sebut namanya tiap kali apa pun yang melanda tiap kali mata aku dibuka hingga tertutup..


Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia Ep 30

Kepada mereka yang terlepas dan belum puas tengok ep akhir tentang dhia..jom layan k! xada iklan ni tau!!
Memang tak boleh tahan la...sedih bangat lakonan nora danish sebagai watak dhia memang meninggalkan kesan, watak zikir oleh adi putra tak boleh kata la, dari mula memang ada ciri suami idaman semua wanita la..kalau zaikir tak dengar hasutan mummy dia dan siasat dulu..memang husband yang perfect!!