Blogger templates

Photobucket

Tuesday, December 28, 2010

Romantik Story!!

Soooooooo sweettt....baru lepas layan playful kiss special edition 7 (epy besday).. Romantik sangat..besday present wife bagi 100 bunga ros hidup, kek besday and nyanyi lagu besday, view romantik di malam hari..


Tapi i tak boleh nak impikan suasana macam tue..tak mungkin kot..huhu. Dah macam orang tak ada keja kan kan kan..memang tak ada keja pon.

Layan korea best coz mereka pandai wat view memang romantik 100%, even drama lain tak boleh lawan la.. story dye basic wajib cinta 4 segi (ada ke 4 segi..hentam jelah) hero n heroin wajib gaduh jer. Itu yang best masing2 awal2 dah tahu perangai sebenar masing2..

Cuba kat dunia sebenar..jujur la kan..aku rasa majority semua cover baik punyaaa..depan pasangan masing2 sebelum kawen laa..bila dah kawen, amik! terperanjat besar yer lah..tapi time tue sendiri kena ingat laa..!!haha

Oppsss...sowi tercelupar plak..sekali kena kat batang hidung sendiri baru tahu. Doakan ia tidak terjadi..amin.
Oklah berbalik topik asal..ini antara story yang aku dah layan...n memang best bangat!! Korang try google n tgk sure cair yer lah...

playful kiss

He' beautiful (tengah ada kat TV8 pukul 8.30 mlm)

Boys over Flower

Princess Hours



My sassy Girl

Coffe Prince

Full House

Stairway to Heaven (sekarang kat ntv7 pukul 11.30 pg)

Sweet 18




Ini Link online drama kalau korang nak tengok semua nie... http://www.viki.com/
Oklah sini dulu yea...

Monday, December 27, 2010

Aku April


Ini rujukan yang aku dapat daripada Dato Dr Fazilah Kamsah tentang April
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu
                                                                                                 
                                                                Love Sha’K


Sunday, December 26, 2010

Alhamdulillah Aku Masih Dicintai.


Entry kali ini mungkin agak jiwang bagi kalian tapi itulah yang aku pelajari baru-baru ini. Cinta bukan sekadar pada diri luaran seseorang mahupun dalamannya tapi sedalam mana diri pasangan korang dapat terima diri korang dan sentiasa disisi susah mahupun senang.

Tersentuh rasanya apabila terkenangkan betapa jujur dan redhanya hati seorang bernama kekasih yang menerima apa pun perit luka,,sejarah hitam kekasihnya demi mendambakan cinta yang suci dari insan yang yang dicintainya..

Aku teramat memandang hormat kepada insan sebegini..bagi aku mereka cukup jujur,setia dan bijak. Buat ketika ini yang ayat yang sering berlegar difikiran aku "Setiap yang hidup pasti akan mati" itu janji Tuhan pada kita, tiada yang kekal dimuka bumi Tuhan ini..

Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku lihat sendiri dan baca..semuanya begitu hebat bagi aku. Sememangnya cinta itu anugerah Tuhan buat hambanya merasa dihargai dan dikasihi dimuka bumi Tuhan ini.

Aku sendiri punya cerita tersendiri..pencintaan Arwah Opah Nina dan suaminya boleh menjadi contoh yang begitu mendalam..even hanya seminggu dapat hidup bergelar suami isteri sudah cukup bermakna bagi mereka..

Aku tak terkata bertapa jujur dan ikhlasnya suami arwah apabila dikhabarkan tentang penyakit luekimia opah Nina. Dia masih mahu menlangsungkan perkahwinan yang selama ini mereka impikan. Bagi mereka ajal maut, jodoh dan pertemuan ketentuan Allah SWT. Kini tinggal atuk seorang bersama kenangan yang telah tercipta bersama arwah...Semoga atuk dapat jalankan hidup dengan lebih tabah selepas ini..

Aku harap punya kekasih seperti itu dapat menerima apa pun dugaan,jujur,ikhlas dan setia disisi aku...Mudahan2 semuanya tertulis yang terbaik buatku dan korang semua..

Akhir penutup kata " Adakala Allah SWT hilang matahari dari kita dan turunkan hujan, kita menangis kemana hilangnya matahari tapi rupanya Dia mahu berikan kita pelangi yang cukup indah" 

Segalanya Telah Tertulis Part 2


Assalammualaikum...korang ingat lagi tak? sinopsis entry "Segalanya Telah Tertulis" kalau tak ingat or tak tahu lagi boleh masuk link ini "http://rainbowoflove-kay.blogspot.com/2010/12/takdir-tuhan.html" ...

Enrty kali ini mengisahkan perjalanan kehidupan opah nina selepas bergelar isteri. Selepas selesai majlis yang bersejarah bagi diri opah Nina dan suami. Hari isnin itu opah dihantar semula kehospital untuk rawatan lanjut.

Kami sekeluarga balik ke Johor..dan opah aku sendiri pon balik johor tapi baru setapak opah aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Opah mendapat panggilan yang mengemparkan..keadaan opah Nina semakin kritikal. 

Opah aku kembali semula ke perak untuk melihat keadaan opah Nina..suami yang menyintai opah Nina sentiasa disisi isteri tercinta.

Pada pukul 2 pagi tadi kami mendapat berita daripada opah aku..opah Nina telah kembali menemui Allah S.W.T. dan pada hari ini genaplah seminggu arwah bergelar isteri dan tercapai la sudah hasrat terakhirnya untuk bergelar isteri kepada kekasih yang sekian lama dicintainya... 

Al-Fatihah buat Allahyarhamah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin..

Saturday, December 25, 2010

Tuhan Jea Yang Tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Friday, December 24, 2010

UikSS!!! Follow blogger Mereka!!


Penat bangat ba membaca n menyinggah blog blogger laen...so tugasan hari ini..melepak blog orang. Paling tak ku sangka begitu ramai blogger kat muka bumi Tuhan...entry depa memang tak boleh bla...best bangat..terasa diriku kecil..
Mana tak yer...dengan info dan life story yang teramat laaaaaaa.....susah nak kata laa memang best bangat. Memang syok habis masuk dunia blogger nie..mana yang wat blog busnis..photograph..dan macam2 laa...(dah macam model iklan..versi tak nampak muka n suara..hahaha)
Very enjoy this life with u guys blogger...!! Dah tak larat nak tulis entry untuk hari ini..coz penat menyinggah tadi...bubye!!

Thursday, December 23, 2010

Belanjawan 2011 Bersama Mr. Pelangi

Huhu...penat telinga ini mendengar penerangan dari Mr. Pelangi a.k.a insan tersayang..biasa orang bercinta asyik bermanja memanjang dengan Mr. Pelangi nie bagus yer memang suka share informasi masa depan..means kteorang ini pasangan bercinta berkhemah laaa..(perasan yer!!!)

Okey lah nama pon belanjawan 2011..Mr. Pelangi berhasrat untuk membuat pelaburan dengan ASB (Amanah Simpanan Berhad)..ini mengikut keterangan dari beliau dan info yang beliau dapatkan ini daripada customer services Maybank itu sendiri..selang beberapa hari lepas beliau ke bank atas urusan apa patik kurang amik tahu.

Pelaburan yang dimaksudkan adalah melalui duit simpanan yang kita simpan di akaun maybank kita boleh dilaburkan melalui ASB ini. Bermakna sedikit daripada duit simpanan kita akan ditarik oleh ASB untuk disimpan dan dilaburkan..dan pelaburan ini ada memberi sijil kepada korang dan ia bernilai ok..

Contohnya..korang nak buat simpanan dalam ASB ini RM30 000 untuk tempoh 25 tahun..so ASB akan tarik duit simpanan dalam akaun maybank korang dalam RM170 (ini berdasarkan kemampuan dan kontrak) setiap bulan..after 25 tahun korang simpan korang akan dapat jumlah korang simpan RM30 000 tapi tapi tapi apa yang dimaksudkan dengan pelaburan..setiap tahun korang akan dapat diveden daripada ASB.. dividend ini berdasarkan berapa peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Paling rendah dividen ini pon 5 %..so jumlah simpanan korang akan bertambah mengikut dividen yang korang dapat setiap tahun dan dividen ini jugak korang boleh keluarkan tapi duit simpanan korang tak bloeh keluarkan melainkan korang jual sijil ASB yang korang dapat selepas korang tanda tangan kontrak.

Peringatan juga korang tak boleh jual sijil dan berhenti menyimpan selagi akaun korang belum matang. Nak tahu kenapa? of coz la kena penalty so ini akan buat korang beringat bila dividen korang dapat jangan enjoy lak so simpan untuk kegunaan kecemasan mana nak tahu tetiba ada bulan korang tak boleh nak menyimpan coz duit kat akaun simpanan biasa korang dah terpoya- poya..

Memang nampak macam susah tapi korang kena survey betul2 kat maybank mengenai ASB ini..berape korang rasa boleh kalau dyeorang nak ambil duit kat akaun simpanan biasa korang..so pastikan ia tidak membebankan.. Ini untuk simpanan jangka masa panjang korang juga..cubz korang duduk sejenak..fikir2kan.

Agak2 kalau korang buat pelaburan untuk jangka masa panjang..contohnya korang start buat pelaburan nie umur korang sekarang 25 tahun..then korang melabur untuk 25 tahun akan datang cuba korang wat kira : 

Yang kat bawah ini jadual dan penyata keuntungan dari info yang boleh dipercayai dan dah melabur pon..dye melabur RM10 000 : ini link blog dye (http://blogsahambaru.wordpress.com/2009/04/06/skim-pelaburan-asb-maybank-april-2009/)



Kes 1: RM25,000, tempoh 10 tahun:


Bayaran bulanan = 2.5 x 104 = RM260


Kes 2: RM70,000, tempoh 20 tahun:


Bayaran bulanan = 7 x 64 = RM448


Ini berdasarkan kadar faedah berikut:


BLR – 1.35% (3 tahun pertama)
BLR – 1.30% (tahun seterusnya)


Jadi faedahnya sekitar 5.55-1.35 = 4.2%.
Untuk kira keuntungan, bagi pinjaman RM10,000 utk 20 tahun:


Anggaran dividen ASB (2009) 7% = RM10000 x 7% = RM700.
Tolak bayaran bulanan: 64 x 12 = RM768.




Yang ini pulak penyata pelaburan dari ASB Maybank: http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asbrepymt_table.pdf 
Besar sangat blog patik tak cukup besar nk lampirkan...huhuhu

Patik rasa cukuplah untuk malam ini..tak pasal2 jadi pengawai bank pelaburan lak..tapi tak layak nak jadi staff bank..hahahhahahaha...fikir2kan agak boleh membantu membina masa depan...biar susah time muda dah tua boleh berehat2 beramal.. 

Ayat Mr. Pelangi time muda2 biar kerja susah sambil2 tue ingat juga kematian tapi bila dah tua tak payah kerja susah boleh tambahkan lagi amal dan ingat juga mati..bukan tua jer baru nak ingat mati.. 

Kalau korang tak faham bahasa aku ni..apakata korang google sendiri...banyak kelebihan yer..dan  islamic yer pelaburan ASB ini dah lama ditubuhkan...


After 25 tahun korang dah boleh keluarkan duit yang korang simpanan itu dan dapat dividen + bonus lagi daripada ASB..pastu pandai2 la wat calculate berape korang dapat dengan duit APF + Socso (bagi yang bekerja yer) dengan erti kata bila korang dah tua dah jutawan coz kutip hasil titik peluh semasa korang muda2 nie...huhuhu


Ini Link MAYBANK MENGENAI ASB NIE http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalList04.do?cntTypeId=0&channelId=LOA-Loans&programId=LOA10-ASBFinancing&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans