Assalammualaikum...korang ingat lagi tak? sinopsis entry "Segalanya Telah Tertulis" kalau tak ingat or tak tahu lagi boleh masuk link ini "http://rainbowoflove-kay.blogspot.com/2010/12/takdir-tuhan.html" ...
Enrty kali ini mengisahkan perjalanan kehidupan opah nina selepas bergelar isteri. Selepas selesai majlis yang bersejarah bagi diri opah Nina dan suami. Hari isnin itu opah dihantar semula kehospital untuk rawatan lanjut.
Kami sekeluarga balik ke Johor..dan opah aku sendiri pon balik johor tapi baru setapak opah aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Opah mendapat panggilan yang mengemparkan..keadaan opah Nina semakin kritikal.
Opah aku kembali semula ke perak untuk melihat keadaan opah Nina..suami yang menyintai opah Nina sentiasa disisi isteri tercinta.
Pada pukul 2 pagi tadi kami mendapat berita daripada opah aku..opah Nina telah kembali menemui Allah S.W.T. dan pada hari ini genaplah seminggu arwah bergelar isteri dan tercapai la sudah hasrat terakhirnya untuk bergelar isteri kepada kekasih yang sekian lama dicintainya...
Al-Fatihah buat Allahyarhamah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin..