Blogger templates

Photobucket

Wednesday, April 15, 2015

Muhasabah Hati

Wahai hati
Jika engkau merasa gembira
Pancarkanlah pada wajah
Agar rasa itu dapat dikongsi bersama

Wahai hati
Jika engkau merasa sakit
Berusahalah untuk padam rasa itu
Jangan engkau tinggalkan parutnya
Kerana itu ia akan menjadi dendam

Wahai hati
Jika engkau merasa tenang
Simpanlah rasa itu sedalamnya
Agar nanti engkau bisa menahan segala rasa
Yang mendatangkan hitam padamu

Wahai hati
Jika engkau merasa sedih
Biarkan mata menjadi saksi
Menangis semahunya
Agar rasa itu tidak menjadi beban

Wahai hati
Jika engkau merasa dengki
Biarkan akal dan iman  menjadi hakim
Lupakah engkau akan hari itu
Seksa azab neraka
Yang tak kan pernah mampu engkau tahan

Wahai hati
Jika engkau bersyukur
Biarlah anggota lain semuanya menjadi saksi
Tikar sejadah menjadi temanmu
Sujud sesujudnya agar engkau tidak lupa
Kejadian asal setiap rasa yang engkau nikmati

Wednesday, April 8, 2015

Love You Till Jannah

Terima kasih Ya Allah untuk
Nyawa yang masih Engkau berikan ini
Udara yang masih aku dapat hirup
Jasad yang sempurna
Jiwa yang tidak Engkau biarkan kosong
Merasai detik masa, saat, jam dan hari
Masih diberi peluang untuk berusaha mendapatkan redhaMu
Masih dapat sujud mohon keampunanMu
Merasa bahagia disamping insan yang Engkau pinjamkan padaku

Aku mohon kuatkan imanku
Terangkan hati aku agar sentiasa tetap dijalanMu
Ingatkan aku akan kejadian asal diriku
Ingatkan aku kematian
Ingatkan aku dosa
Ingatkan aku hari pembalasanMu
Ingatkan aku untuk selalu mohon jauh dari fitnah dajjal
Ingatkan aku seksa padang mahsyar
Ingatkan aku seksa azab nerakaMu
Ingatkan aku mencari keredhaanMu

Jadikan aku hamba yang sentiasa mencari redhaMu
Jika Engkau mahu mengambil aku
Ambilah saat Engkau redha dengan kehidupanku
terima amal ibadahku saat aku paling dekat denganMu bukan saat aku alpa terhadapMu dan jauh dariMu.

Terima kasih En hubby

Thursday, April 2, 2015

Kehormatan Harta

Petang tadi tengok cinta ilmu dekat tv Al-Hijrah, Ustaz Harryanto Rizal Rokman mengenai kehormatan harta. Rasanya ramai yang tak sedar atau tak perasaan perkara ni penting sangat dalam ibadah kita. Sama ada yang bekerja atau suri rumah tangga, perkara yang kita nampak remeh or biasa orang rasa 'tak pelah' itulah perkara yang boleh buat kita semakin kurang pahala kita kelak.


Contoh situasi :


  • Ambil barang dari pejabat macam alat tulis or kertas A4, bawa balik rumah untuk kegunaan sendiri atau pun kita bagi anak-anak untuk kegunaan sekolah mereka, tahu tak perbuatan kita ini SALAH!.
Harta yang kita ambil itu harta pejabat kegunaan untuk buat urusan pejabat dah HARAM hukumnya jika kita ambil untuk kegunaan peribadi. Lepas itu ada yang beri anak kita gunakan, tahu tak antara sebab anak kita boleh susah faham ilmu, degil dan nakal antara sebabnya inilah. 
Kita berikan sumber HARAM jadi Tuhan beri kita peringatan dari situ. So hope HENTIKAN ambil barang pejabat ini.

  • Ambil buah jiran tanpa kebenaran atas alasan buah dia ada masuk dalam kawasan rumah kita. So kiranya buah yang halaman kita itu jadi kepunyaan kita.
HARAM hukumnya sebab yang menanam buah itu dan menjaganya bukan kita. Jadi tetap bukan milik kita. Minta la izin tuannya dahulu kalau kita dah teringin sangat nak makan tak kira tuannya ada dimana pon. Melainkan kita pasti tuannya memang dah tak ada, warisnya pon tak ada, ok fine kita boleh ambil.

Itu antara situasi yang sering berlaku, nak bagi banyak2 pon rasanya situasi diatas ini pun dah complete kot untuk difahami.

' Sesungguhnya  beruntung orang yang telah berserah diri, diberi kecukupan rezeki dan diberi sifat qana'ah terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya'. [HR Muslim]

Sekarang mana yang kita boleh pulangkan, baik kita pulangkan jangan nanti bila dipadang masyhar nanti pahala kita akan berkurang kerana mengambil harta orang lain. Tuan empunya harta mahu tuntut hartanya maka dipadang masyhar harta yang bernilai adalah amal kebaikan kita pahala kita. Tiket kita masuk syurga, jika dah berkurang..faham2 la ye.

Kita pon tak tahu banyak mana amal ibadah kita nie, so mana yang kita tahu salah dan boleh dibaiki maka baikilah selagi belum terlambat..In sya Allah jadi peringatan untuk diri aku sendiri juga.

Jom tambah ilmu dan perbaiki iman tonton http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/Santapan-Rohani/Cinta-Ilmu.aspx

Resepi Pavlova

First try buat time pregnant, mengidam sangat time then nak buat sendiri pulak tue alhamdulillah berhasil dan amat sedap now sampai sekarang jadi desert kesukaan yang teramat.

Bahan-bahannya adalah :

  • 4 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula castor / aising
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh aising vanilla
Untuk hiasan :
  • Fresh cream or whip cream
  • Buah-buahan yang masam-masam
Cara membuat :
  1. Asingkan puteh telur, jangan bagi ada kuning pon hanya puteh telur sahaja. Pukul dalam mixer dalam kelajuan tinggi hingga puteh telur tu kembang.
  2. Masukan gula aising / castor sedikit demi sedikit, mixer dalam kelajuan sederhana.
  3. Lepas itu masukan tepung jagung.
  4. Akhir sekali baru aising vanila, pukul semua bahan tadi sampai bertanduk dan berkilat. Sampai bila kita terbalikkan bekas tu, bahan tak jatuh. 
  5. Pastu masukan bahan dalam bekas then bakar pada suhu 170°C dalam masa 45 minit or 1 jam.
Dah siap bakar, kita hias dengan fresh cream dan buah-buahan ikut kreativi sendiri. Kenapa buah masam-masam kita letak? Sebab pavlova ni manis so nak balance kena la ada masam-masam sikit. Ok selamat mencuba!!



Wednesday, April 1, 2015

1 2 3...Let it go.

Tetiba teringat to my buddy..miko,lilo,luna, hazel and laura. Yep! my pet, semua aku dah jual siap dengan perkakas dia semua coz now i habe a baby bukan maksud yer ada anak tak boleh bela binatang tapi situasi aku memaksa aku untuk lepaskan mereka.

Aku jual semuanya dengan harga lelong time, aku pregnant lagi dah kena kuarantin dari sentuh apalagi nak bermain dengan diaorang so dari aku seksa batin aku n diaorang better aku cari owner baru untuk diaorang. Lagi2 my baby agak sensetif nampaknya dengan keadaan sekeliling, demi kesihatan dia kena la aku merelakan my sugar glider go.....let it go...let it go...

Kejam tak kejam picture pon aku tak simpan dah, aku dah lepaskan diaorang pada tangan yang bertanggungjawab hope that person can take care of them. Lepas jual memang aku tak ambil tahu dah la...sebab sedih.



Tuesday, March 31, 2015

Cyst Time Pregnant

Pengalaman aku masa pregnant memang alahan teruk dari awal lagi, dengan muntah, mabuk dan sakit kepala yang teramat sangat tapi tu semua dugaan yang menguatkan aku coz dalam mind nie tanam ini semua pahala buat aku.

Ok tapi dugaan paling tak disangka, aku dapat tahu ada cyst time kandungan aku dah 7 bulan, time tue aku pergi check up dengan en husband di hospital swasta. Aku boleh dikata agak kerap scan di klinik kerajaan yang aku pergi check upm2 mggu sekali disebabkan masalah tekanan darah rendah, sel darah merah aku rendah sangat tapi tak pernah pulak time scan tu jumpa cyst nie.

Time scan di hospital swasta memang dia check betul2, keadaan baby, air ketumban, uri dan cyst nie memang antara perkara dia tengok ada ke tak. Cyst aku time tu dah 7cm diluar rahim, doktor time tu memang terus nasihatkan aku better operation time 9 bulan coz cyst tue dibahagian bawah rahim takut jika bersalin normal cyst akan menganggu jalan baby nak keluar.


Aku nie pon ada penyakit sikit, doktor dah bagi tahu cyst nie ketumbuhan tetapi bukan ketumbuhan yang membahayakan macam kanser. Dia ketubuhan yang boleh membesar atau saiz dia tak berubah. Doktor nasihatkan jangan fikir macam2 dan susah hati, tapi aku nie ada penyakit "tak mahu fikir or ambil tahu" kalau benda tu boleh menganggu emosi aku time pregnant so info tentang cyst ni memang aku tak cari langsung but en abah 'no way ok!' 

So cyst aku time masuk 9 bulan semakin membesar 10 cm, memang aku buat keputusan nekad nak operation juga sebab yer, kalau aku bersalin normal andai kata selamat bersalin normal 3 bulan lepas tue aku kena masuk wad semuala untuk operate buang cyst tue pulak sebab dia membesar. Lagi satu kalau time normal delivery baby ada komplikasi cyst tue menganggu time tu kena operate juga. Nekad operate je, lepas keluarkan baby buang sekali cyst tue.

Now alhamdulillah, lepas semuanya selamat baru la aku tengok apa info2 yang en abah dapat.

APA ITU CYST?

Cyst adalah ketubuhan yang tidak membahayakan digelar sebagai cyst kerana ini mesti mengandungi cecair/ fluids sama mengandungi air, cecair mengandungi protein, darah beku, darah haid, minyaak atau lendir lemak.

Ada juga cyst yang bersertakan ketulan danging, rambut, tulang dan lain-lain. Tapi cyst ni bukan kanser, dia hanya ketubuhan biasa yang hanya perlu dirawat jika dia makin membesar dan memudaratkan pesakitnya.


TANDA AWAL CYST 
  • Sengugut yang teruk ketika haid
  • Kitaran haid tidak stabil
  • Masalah kesuburan
  • Keputihan
  • Perut kembung
Itu antara info yang aku dapat dalam internet nie, aku memang kalau time period sengugut teruk sangat. Dugaan time pregnant Tuhan nak uji, kita terima dengan redha. Ok tu pengalaman aku tentang cyst. 


Monday, March 30, 2015

Saya UMIE sekarang!!

Assalammualaikum...banyak sangat yang tak update nie, memamg dah berzaman tak tengok blog nie, malam nie baca balik entry yang lama-lama dok gelak sorang2. Mana tak yer...just wonderful memori aku tulis dalam blog nie.

Ok now nak share now, aku dah jadi umie kepada anugerah Allah SWT yang terindah serius so awesome perasaan nie. Merasa pregnant 9 bulan, aku cukup 9 bulan jer coz aku bersalin operation coz masalah cyst luar rahim. Story pasal cyst nie nanti citer kat entry lain, hope aku ingat nak share.

First dengar tangisan anak, memang buat aku sayu la, macam dengar takbir raya...sayu yang amat sangat..memang terbayang time tu macam nilah rasa ibu kita time selamat lahirkan kita. Siapa yang dah jadi ibu dia tau la macam mana, siapa yang belum lagi, cepat2 cari pasangan nikah then you know how that feel.

Aniq Ammar