- sugar glider ini manja sangat bila dah bonding ( dah serasi ) dengan tuan dia
- amat lincah dan banyak teletah
- comel kot mereka ini!!
- jaga makan amat tak susah.
- tak perlukan kos yang banyak macam kucing
- bulu dia tak gugur ok! (kalau mereka tak tension)
- boleh bawa keluar kemana je, simpan dalam poket baju pon boleh, memang tak akan lari sebab dia rasa selamat dengan tuan dia.
- tak membuang sepah2 (kalau pandai train, saya punya setakat ini train amat awesome! itu nanti i story)
Apalagi dengan kudrat aku mengeluarkan duit dari dompet lalu aku nekad membayar untuk seekor sugar glider 200++ tue! tapi bila penjual tue keluarkan seekor dari sangkar yang mana aku nak tu..rasa happy yang susah untuk ditaksifkan (asal banyak sastera ni (-_-) ). Itu pengalaman aku..aku rasa glider member lain pon macam aku gak kot..bila dah pegang sugar glider ini berhabis kan mereka ini memang sanggup kot..
Tapi aku nak ingatkan gak pastikan bajet korang cukup dan jangan sampai korang mengabaikan keperluan asas korang sendiri! buat survey terlebih dahulu sebelum korang nak beli sugar kat mana tempat yang boleh dipercayai untuk korang beli sugar glider ini. Aku ada jual juga untuk arae batu pahat johor, area parit raja, dekat2 dengan UTHM tue..(sambil menyelam minum air..buat market sikit ($_$) ) tapi aku belum sampai tahap buka kedai jual dekat rumah sahaja.
Kenapa kena buat survey?
- Ada penjual yang jual sugar glider sampai 300++ sedangkan korang boleh dapat dalam 200++ jer
- Ada juga yang jual sugar glider bawah umur means tak reti lagi makan sendiri masih minum susu mak dia. kalau terkena ini korang memang kena bagi perhatian 24 jam kena beli susu replacement (nanti aku tunjuk susu dia) setiap 2 jam kena suapkan susu tak pon bagi dengan botol dekat kedai pets ada jual dalam RM 5 harga dia. Kalau tak dia (x_x)
- Ada juga yang jual sugar glider tak sihat, tengok sugar glider tu diam jer tapi penjual tue kata karekter dia memang macam tue..xada makna yer kalau dah mata kuyu je sah memang sakit.
Ok!!Citer panjang2 buat bosan je nanti, PERKARA ASAS UNTUK BELI SUGAR GLIDER:
- Sugar glider WAJIB umur dia 2 bulan ke atas sebab umur macam ni dia dah boleh makan sendiri tak minum susu mak dia.
- Seelok-eloknya bela 2 ekor tapi kalau korang rasa tak boleh berenggang dengan sugar glider korang nati beli la sekor jer. Sugar glider nie boleh mati kerana kemurungan tak dapat perhatian sebab dia haiwan yang hidup berkoloni (berkumpulan)
- Sangkar 3 kaki tinggi because mereka memang suka lompat2, bagi yang baru berjinak-jinak beli sangar burung pun boleh la itu pun kalau sugar glider korang 2 bulan la.
Sangkar 3 kaki (RM100) |
Sangkar Moden 3kaki (RM150) |
Sangkar Biasa 2kaki (RM65) |
- Sleeping Pouch
- Makanan seperti buah (beli yang buah yang dah siap potong baru RM 1) dan HPW (RM 15) ada juga yang bagi makan ulat/serangga tapi aku tak bagi sebab nanti tahi dia busuk.
HPW |
- Mainan sikit bagi dia main. (biasa dalam RM 10 dah boleh dapat tapi bergantung la)
Ini contoh dalam internet |
- Air ( air biasa boleh tak pon air tu kita campur madu cikit nak bagi rasa jer)
p/s : Ada haiwan peliharaan ini salah satu terapi stress dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini FAKTA bukan AUTA ok!