Serius ayat ini betul2 buat aku tersentap sekejap..bukan kerana dia cakap dia sakit hati dengan perangai aku tapi ayat "cepat memaafkan orang". Tetiba aku rasa sayu sangat..memang tak dinafikan aku bukan mudah maafkan seseorang itu dan memang ada seseorang yang aku tak maafkan sampai sekarang.
Banyak yang berlaku pada aku sehingga buat aku terlalu susah memaafkan bila hati disakiti. Aku jadi terlampau protect diri sendiri. Aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk aku jadi susah maafkan orangkan..aku boleh maafkan tapi memang ambil masa..
Tapi bila aku dapat ayat itu..aku jadi cair...Aaaaaaaaaaaaaaaa............sampai sekarang ayat ini masih ada dalam kepala aku ini..
Aku akan cuba belajar memaafkan orang, aku sedar aku pon hamba Allah SWT yang tak pernah lari dari kesilapan tapi Allah SWT sifatnya Maha Pengampun.. kenapa aku yang cuma hamba susah nak maafkan insan lain...