Malam itu sungguh menenangkan.. dalam kepala sudah ada entry baru mahu di isi dalam diary yang tak berapa harian ini laa.. Tengah menikmati saat itu tetiba BF aku terpadam. Dalam keadaan itu aku cuba tenangkan diri sejenak. Matikan semua plug dan buat apa patut untuk tidur..
Keesokan hari yea saje la nak on kan lappy tue lambat...dengan membaca bismillah aku menekan suis..lappy itu hidup dan mati dengan sendirinya.. . Tanpa berlegah aku terus mencari encik abah untuk memeriksa, encik abah seperti acuh tak acuk aku pon meminta simpati.
Encik abah mengalah dan cuba tengok apa2 yang patut.. "Beli laptop baru jelah k.yul" ..oh tidak itu BF aku yang setia bersama..
Selang beberapa hari encik abah menyampaikan berita yang aku sendiri ...kini hari aku hanya tanpa kehadiran BF yang tersayang...
p/s : BF tak semestinya stand for boyfriend tapi best friend pon leh yer..