Blogger templates

Photobucket

Wednesday, April 1, 2015

1 2 3...Let it go.

Tetiba teringat to my buddy..miko,lilo,luna, hazel and laura. Yep! my pet, semua aku dah jual siap dengan perkakas dia semua coz now i habe a baby bukan maksud yer ada anak tak boleh bela binatang tapi situasi aku memaksa aku untuk lepaskan mereka.

Aku jual semuanya dengan harga lelong time, aku pregnant lagi dah kena kuarantin dari sentuh apalagi nak bermain dengan diaorang so dari aku seksa batin aku n diaorang better aku cari owner baru untuk diaorang. Lagi2 my baby agak sensetif nampaknya dengan keadaan sekeliling, demi kesihatan dia kena la aku merelakan my sugar glider go.....let it go...let it go...

Kejam tak kejam picture pon aku tak simpan dah, aku dah lepaskan diaorang pada tangan yang bertanggungjawab hope that person can take care of them. Lepas jual memang aku tak ambil tahu dah la...sebab sedih.



Tuesday, March 31, 2015

Cyst Time Pregnant

Pengalaman aku masa pregnant memang alahan teruk dari awal lagi, dengan muntah, mabuk dan sakit kepala yang teramat sangat tapi tu semua dugaan yang menguatkan aku coz dalam mind nie tanam ini semua pahala buat aku.

Ok tapi dugaan paling tak disangka, aku dapat tahu ada cyst time kandungan aku dah 7 bulan, time tue aku pergi check up dengan en husband di hospital swasta. Aku boleh dikata agak kerap scan di klinik kerajaan yang aku pergi check upm2 mggu sekali disebabkan masalah tekanan darah rendah, sel darah merah aku rendah sangat tapi tak pernah pulak time scan tu jumpa cyst nie.

Time scan di hospital swasta memang dia check betul2, keadaan baby, air ketumban, uri dan cyst nie memang antara perkara dia tengok ada ke tak. Cyst aku time tu dah 7cm diluar rahim, doktor time tu memang terus nasihatkan aku better operation time 9 bulan coz cyst tue dibahagian bawah rahim takut jika bersalin normal cyst akan menganggu jalan baby nak keluar.


Aku nie pon ada penyakit sikit, doktor dah bagi tahu cyst nie ketumbuhan tetapi bukan ketumbuhan yang membahayakan macam kanser. Dia ketubuhan yang boleh membesar atau saiz dia tak berubah. Doktor nasihatkan jangan fikir macam2 dan susah hati, tapi aku nie ada penyakit "tak mahu fikir or ambil tahu" kalau benda tu boleh menganggu emosi aku time pregnant so info tentang cyst ni memang aku tak cari langsung but en abah 'no way ok!' 

So cyst aku time masuk 9 bulan semakin membesar 10 cm, memang aku buat keputusan nekad nak operation juga sebab yer, kalau aku bersalin normal andai kata selamat bersalin normal 3 bulan lepas tue aku kena masuk wad semuala untuk operate buang cyst tue pulak sebab dia membesar. Lagi satu kalau time normal delivery baby ada komplikasi cyst tue menganggu time tu kena operate juga. Nekad operate je, lepas keluarkan baby buang sekali cyst tue.

Now alhamdulillah, lepas semuanya selamat baru la aku tengok apa info2 yang en abah dapat.

APA ITU CYST?

Cyst adalah ketubuhan yang tidak membahayakan digelar sebagai cyst kerana ini mesti mengandungi cecair/ fluids sama mengandungi air, cecair mengandungi protein, darah beku, darah haid, minyaak atau lendir lemak.

Ada juga cyst yang bersertakan ketulan danging, rambut, tulang dan lain-lain. Tapi cyst ni bukan kanser, dia hanya ketubuhan biasa yang hanya perlu dirawat jika dia makin membesar dan memudaratkan pesakitnya.


TANDA AWAL CYST 
  • Sengugut yang teruk ketika haid
  • Kitaran haid tidak stabil
  • Masalah kesuburan
  • Keputihan
  • Perut kembung
Itu antara info yang aku dapat dalam internet nie, aku memang kalau time period sengugut teruk sangat. Dugaan time pregnant Tuhan nak uji, kita terima dengan redha. Ok tu pengalaman aku tentang cyst. 


Monday, March 30, 2015

Saya UMIE sekarang!!

Assalammualaikum...banyak sangat yang tak update nie, memamg dah berzaman tak tengok blog nie, malam nie baca balik entry yang lama-lama dok gelak sorang2. Mana tak yer...just wonderful memori aku tulis dalam blog nie.

Ok now nak share now, aku dah jadi umie kepada anugerah Allah SWT yang terindah serius so awesome perasaan nie. Merasa pregnant 9 bulan, aku cukup 9 bulan jer coz aku bersalin operation coz masalah cyst luar rahim. Story pasal cyst nie nanti citer kat entry lain, hope aku ingat nak share.

First dengar tangisan anak, memang buat aku sayu la, macam dengar takbir raya...sayu yang amat sangat..memang terbayang time tu macam nilah rasa ibu kita time selamat lahirkan kita. Siapa yang dah jadi ibu dia tau la macam mana, siapa yang belum lagi, cepat2 cari pasangan nikah then you know how that feel.

Aniq Ammar

Thursday, December 12, 2013

Chapter 2 : Barakah Allahu Lukuma

Segala puji bagiNya yang menciptakan segala yang ada dilangit mahupun dibumi. Aku sah menjadi isteri sekarang. Perasaan sayu sangat time sebelum akad nikah masa tue hanya aku dengan mak je dalam tempat solat wanita di masjid. Bila mak cakap " cantiknya anak mak" terus mengalir air mata aku. Dapat rasakan perasaan seorang ibu yang menerima anaknya akan selangkah lagi ke kehidupan baru.

Time preparation memang banyak family bantu, yang paling best hantaran aku semua my mum gubah sendiri tak ada tempah2 nie. Majlis aku semua guna catering n pelamin semua mak andam. Baju nikah sendiri design n baju sanding pon request mak andam design sendiri macam mana yang aku nak. Ok stop menaip upload picture jelah, 



Gambar bawah ni masa sebelah husband.





Monday, September 9, 2013

Chapter 1: Photoshoot Pre Wedding! Done!

Assalammualaikum...
Lama dah tak update blog ini, i'm busy!! dengan kerja dengan preparation wedding..huhu...penat, tension n best semua ada laa..tapi family banyak memabntu sangat coz i ni cakap je tak cerewet tapi hamik haa..pening pale mak andam and my parent bila datang perasaan tak puas hati nie..huhu

Minta maaf banyak2 yer pada yang berkenaan..so far semua ok, kad dah siap dah mula edar sikit-sikit, dewan dah confirm, baju nikah dlm proses siap..thank ibu cik! coz design baju ikut kehendak anak sendare yang sengal cikit nie...hehe. Baju reception kat mak andam dah nampak dah just kena tambah sikit lagi jer.. catering done! just tunggu hari nak tengok hasil kerja mereka. Photoshoot, i baru lepas photoshoot pre-wedding, mula2 ingat memang tak nak buat tapi last buat juga sebab ada dalam pakej kan..so shoot! temanya 60'an.

Cerita pasal photoshoot nie..memang pening gak la coz memang tak ada masa nak layan tengok gamabar pre wedding orang lain. I suka jenis moden nie..last En Tunang make decision
En Tunang : Kita buat tema ala-ala 60'an!
Nurul         : Cam mana lak?
En Tunang : Awak Ada kebaya?
Nurul        : Tak pernah ada ok!
En Tunang : Cari la...
Nurul        : Kenapa 60'an macam tak kena je dengan jiwa orang..
En Tunang : Jangan la asyik nak moden style jer..
Nurul         : ...............
En Tunang : Tanya Abg Zul pon dia suggest buat 60'an tau. Dia nk cari prob kereta mini or payung ke..
Nurul         : ...............

So korang rasa terhasil tak photoshoot 60'an tue....



 

Wednesday, March 27, 2013

Train My Sugar Glider

Assalammualaikum uolls!!!


Since i have a new joey right now of coz la nak kena train macam mummy daddy dia kan.. (xyah nak mummy daddy sgt laa ) sebelum tue.. icon tikus i guna kali ini bukan bermakna sugar glider i tikus ok!!  ni sebab xada icon sugar glider jer..kalau ada icon SG dah semestinya i guna ok!! so JANGAN SAMA kan mereka dengan TIKUS yer..

Question : Sugar glider ni biasanya membuang sepah2 ker?
Answer : Yes because their are animals uolls..tapi kalau kita rajin train mereka nie so its not impossible mereka tak kan membuang sepah2.

Question : Macam mana nak train ?
Answer : Macam korang train kucing jugak tapi macam kucing ada tabiat akan membuang atas tanah kan kalau tak salah la..maafkan saya kalau i salah coz i tak pernah bela kucing.

How to do it!!

Every time sebelum nak main dengan sg korang, lepas keluarkan dari sangkar letak kat toilet,  biasanya sg ni bangun tido memang akan membuang  so biar dalam setengah jam macam tue dan pastikan korang ada sekali dalam toilet sat ag jatuh dalam lubang toilet korang gak yang menangis nanti    kalo nak lebih safe letak kat singki la.

Tips : Kalau agak malas nak tunggu lama korang buka paip bila dengar bunyi air sg akan membuang coz takut air punya pasal

So uollss... can try kena rajin kalau tak memang tak boleh buat apa la , untuk setakat ini cara ini berkesan pada sg i..dah tak perlu tunggu lama2 pon letak je kat singki, sg i akan berak n kencing siap then dah boleh main kejar2.

Sg i sekarang pon kalau tengah2 main, dia nak membuang, dia memang tak nak orang pegang, mula2 tak paham gak..kenapa tak reti diam nie macam selalu ni? mula2 kena gak kencing dia.. bila dah paham perangai dia tiap kali jadi macam tu i akan terus letak kat singki so dia akan membuang,  habis buang, i siram air sikit kat sg baru dia panjat balik kat i!! so epy bila la bijak..senang sgt jadi ea!!

Sampai sini dlu!!

Tuesday, March 26, 2013

Love Is Surprise

Assalammualaikum warga dunia!!
 I'm so happy today, tittle pon macam geli je kan but that the true about love! sometime its make you happysometime its hurt you so muchsometime its make you got heart attack and sometime its make you terharu sangat.

Ok that it cukup untuk mukadimah..(betul ke ejaan mukadimah nie confius jap) tapi memang tak nak cerita detail sangat pon yang pasti En Tunang give me so much surprise..

Lokasi : Opis Saya (Putrajaya)   Masa : 2.00 ptg
Situasi : Baru lepas siap task keja...tetiba En Tunang call..

En Tunang : Dah makan?
Me : Tak berape nak makan la..
En Tunang : Kenapa? mesti teringin makan something nie..
Me : Rasa nak makan seaweed and dark chocolate, ari tu nak beli dah kuar mall baru teringat..
En Tunang : Mmmm...
Me : Cuti ni kan?
En Tunang : Tak la keja la..
Me : Kenapa keja lak? bukan cuti ker?
En Tunang : Kena keja la..
Me : Ok..
En Tunang : Dah solat belum.
Me : Belum
En Tunang : Dah g la solat tak baik lewatkan solat
Me : Ok..

3 jam berikutnya...

Msg from Him again..

En Tunang : Tunggu kat lobby tau..

Dah sah2 blur sat and agak kurang percaya..sampai je kat lobby opis grap fon nk call tetiba kereta En Tunang stop depan saya..nak masuk jer kereta i saw this!!!!  

Seaweed and Dark Chocolate My Fav Food (Tak usik lagi )

Tq En Tunang...